kek gula hangus

Pasti ramai yang suka makan kek gula hangus ni kan? Jika sebelum ni selalu beli saja, kali ini apa kata jom cuba buat sendiri.

Tak susah pun nak buat. Yang penting tak perlu peram adunan, jimat masa! Lepas siap putar, dah boleh bakar.

Walaupun tak peram, ‘sarang’ pada kek tetap cantik elok. Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Hidayah Jamaludin di bawah.

Resipi Kek Gula Hangus Tanpa Peram

Bahan A:

  • 2 cawan gula
  • 2 cawan air panas
  • 120g butter (3 sudu besar marjerin)

Bahan B:

  • 8 biji telur gredA
  • 1/2 cawan krimer manis
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder (rata je)
  • Air gula hangus

Cara-cara:

  1. Cairkan gula sehingga menjadi karamel. Kemudian tambahkan 2 cawan air panas dan butter/marjerin. Biarkan sehingga butter larut. Tutup api, ketepikan dan biarkan sejuk.
  2. Satukan bahan B, kisar atau pukul menggunakan pemutar sehingga sebati.
  3. Jika berketul, tapis terlebih dahulu.
  4. Tak perlu peram adunan. Terus tuangkan ke dalam loyang saiz 8 inci (petak) atau 9 inci (bulat).
  5. Panaskan oven selama 10 minit. Guna rak paling bawah, masukkan loyang dan bakar selama 1 jam 20 minit pada suhu 160°C menggunakan api atas dan bawah (masa dan suhu mengikut oven masing-masing).
  6. Selamat mencuba!

Kredit: Hidayah Jamaludin

Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist Yang Gebu, Kurang Manis & Tak Muak