resepi kacang buncis

Resepi kacang buncis telur hancur ini memang menu yang paling mudah dan cepat! Anda hanya perlu campak-campak bahan dan dalam sekelip mata, hidangan sudah siap.

Bukan saja jimat masa, hidangan ini juga berkhasiat. Kacang buncis kaya dengan serat, sementara telur pula penuh dengan protein. Nak makan begitu saja atau bersama nasi, dua-dua pun ngam!

Jadi, kalau anda cari resipi yang senang dan cepat, jom cuba kacang buncis telur hancur ini. Anak-anak dan suami pasti suka!

Baca juga: Cara Masak Sup Bebola Sayur Campur Mudah & Sedap, Anak-Anak Berebut Makan!

RESEPI KACANG BUNCIS TELUR HANCUR

resepi kacang buncis

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • Kacang buncis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Hirisan cili besar

Cara memasak:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau harum.
  2. Masukkan telur. Jangan terus gaul selepas masukkan; tunggu dalam seminit baru boleh gaul untuk mendapatkan tekstur telur yang berketul-ketul.
  3. Setelah telur masak, masukkan kacang buncis.
  4. Seterusnya, masukkan sos tiram, serbuk kunyit, cili besar, dan garam secukupnya. Gaul sehingga sebati.
  5. Tuangkan sedikit air untuk melembutkan sayur. Jangan terlalu banyak, sedikit sahaja.
  6. Sambung gaul sehingga semua bahan bercampur rata dan sebati.
  7. Setelah sayur masak, boleh tutup api dan hidangkan.

Kredit: Nor Farah Atika

Baca juga: Resipi Sayur Peria Goreng Telur, Ini Tips Hilangkan ‘Pahit’ Dengan Mudah & Berkesan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN