Musim pandemik ini mesti korang rajin beli roti kan? Memang cepat je lah habis roti dekat kedai-kedai runcit itu. Bila dah banyak beli roti, mesti lah nanti rasa jemu pulak nak makan roti macam itu sahaja. Kalau dibiarkan lama nanti roti itu boleh berkulat pula nanti korang sendiri yang rugi.

Kalau korang ada banyak lebihan roti di rumah, korang boleh cuba resepi ini. Sedap tak terkata, di luarnya memang rangup dan sangat lembut di bahagian dalam. Kalau tak ada idea nak makan apa minum petang hari ini, jom cuba resepi cucur roti ini.

Bahan-bahan

  • 5 keping roti
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • Daun bawang, cili merah, kucai, lobak merah dihiris halus
  • Taugeh
  • Udang / ikan bilis / isi ayam / sosej
  • Garam dan Maggi cukup rasa secukupnya
  • Serbuk kunyit sedikit

CARA PENYEDIAAN

  1. Letak semua bahan kecuali air di dalam mangkuk kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaulkannya sehingga menjadi adunan yang pekat seperti di dalam gambar.

2. Panaskan minyak dan sendukkan bancuhan. Goreng sehingga garing dan toskan. Sedia dinikmati.

Sumber: Noriza Jaja