resepi ketayap polkadot

Apabila bercerita tentang kuih tradisional, semestinya resepi Ketayap Polkadot jadi pilihan. Bukan saja lembut, malah bentuk kulitnya yang polkadot cukup menarik perhatian.

Kuih Ketayap atau disebut juga sebagai kuih gulung merupakan sejenis kuih tradisional berinti yang popular di Malaysia. Jika nampak ada gerai tepi jalan, pasti kuih ini ada terjual.

Biasanya, ia dibuat dalam bentuk silinder dengan hasil gulungan kulit nipis yang diperbuat dari bancuhan tepung yang diletakkan inti kelapa parut dan gula kabung serta berwarna hijau.

Semakin lama, kuih Ketayap dibuat dengan lebih kreatif. Maka, terhasillah resepi Ketayap Polkadot dikongsikan oleh Hidayati Hana di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kuih Ropa Berinti Sedap, Guna Sukatan Ini Pasti Rangupnya Menjadi!

RESEPI KETAYAP POLKADOT

resepi ketayap polkadot

Bahan-bahan untuk kulit:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 biji telur
  • ½ sudu teh garam
  • Pewarna merah dan biru

Bahan-bahan untuk inti:

  • ½ biji kelapa parut
  • ½ ketul gula kabung
  • 3 sudu besar gula pasir
  • ½ cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung gandum (tambahan)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar tepung, air, telur dan garam sampai halus.

2. Selepas itu, tapiskan adunan.

3. Kemudian, bahagikan kepada 2 bahagian (lebihkan 1 bahagian untuk dadar kulit ketayap).

4. Seterusnya, letakkan pewarna merah dan biru (setitis pewarna campur dengan sedikit air untuk mendapatkan warna pastel).

5. Panaskan kuali non-stick dan titik-titikkan warna biru dulu (guna botol muncung 1). Apabila titik (dot) itu sudah agak kering, tuangkan 1 senduk adunan warna merah pula.

6. Ulang sampai habis adunan.

resepi ketayap polkadot

7. Setelah itu, boleh sediakan inti pula. Masukkan air, daun pandan dan gula ke dalam periuk.

8. Kemudian, masak sampai gula larut.

9. Selepas itu, masukkan kelapa dan gaul sebati.

10. Apabila sudah hampir masak, masukkan tepung gandum.

11. Kacau-kacau sampai sebati dan tutup api.

12. Apabila sudah siap masak, tunggu inti sejuk dan bolehlah menggulung kuih ketayap. Siap untuk dinikmati!

Resepi Ketayap Polkadot ini pasti membuatkan anda tertarik untuk mencubanya. Oleh kerana rupanya yang comel, ia boleh tarik selera kanak-kanak untuk makan.

Selamat mencuba!

Sumber: Hidayati Hana

Baca juga: Resepi Kuih Ketayap Simple Tanpa Pewarna, Lembut Dan Wangi Hasilnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN