Categories: Resipi

Jom Buat Sendiri Japanese Cream Puff Inti Coklat, Bila Gigit Memang Rangup & Gebu!

Resepi japanese cream puff ini agak berbeza dari cream puff biasa kerana ia lebih rangup dan saiznya juga lebih besar.

Intinya pula tidak terhad kepada inti kastad atau vanilla sahaja. Anda boleh guna pelbagai inti yang disukai.

Salah satunya adalah japanese cream puff inti coklat seperti yang kami kongsikan ini. Jika ada yang ingin cuba, jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Resipi Kek Coklat Ganache, Tak Ada Mixer Pun Boleh Buat Kek Sedap Macam Ini

RESEPI JAPANESE CREAM PUFF

Bahagian 1: PUFF

Bahan-bahan:

  • 60 gram mentega
  • 120 ml air
  • 65–70 gram tepung gandum
  • ½ sudu kecil esen vanila
  • 2 biji telur

Cara-cara:

  1. Didihkan mentega dan air dalam periuk kecil.
  2. Setelah mendidih, masukkan tepung gandum. Kacau dengan cepat sehingga adunan menjadi kental dan tidak melekat (guna api kecil).
  3. Pindahkan adunan ke dalam bekas lain dan biarkan sedikit sejuk.
  4. Pukul seketika dengan mixer untuk mengurangkan kepanasan.
  5. Masukkan esen vanila dan telur satu per satu sambil terus dipukul hingga sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam piping bag/acuan mengikut bentuk yang diingini.
  7. Bungkus dan simpan dalam peti sejuk beku sementara menunggu untuk dibakar.

Bahagian 2 RESEPI JAPANESE CREAM PUFF: CRAQUELIN (CRUST)

Bahan-bahan:

  • 80 gram mentega
  • 70 gram gula kastor (gula halus)
    90 gram tepung gandum

Cara-cara:

  1. Gaulkan mentega dan gula sehingga sebati (jangan terlalu lama).
  2. Masukkan tepung gandum dan gaul hingga menjadi doh menggunakan spatula.
  3. Letakkan doh di atas baking paper dan canai nipis (jangan terlalu nipis atau terlalu tebal).
  4. Tekap doh menggunakan acuan mengikut saiz puff (pastikan crust sedikit lebih besar daripada puff).
  5. Simpan dalam peti beku. Boleh disimpan berbulan-bulan jika dibekukan.

Bahagian 3: CHOCOLATE CREAM

Bahan-bahan:

  • 250 ml susu penuh krim
  • 50 gram gula
  • 20 gram tepung jagung
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 75 gram coklat (chocolate coin)
  • 150 ml non-dairy whipping cream

Cara-cara:

  1. Campurkan susu, gula, tepung jagung, kuning telur dan serbuk koko dalam periuk. Gaul sebati sebelum hidupkan api.
  2. Hidupkan api dan masukkan coklat. Masak hingga adunan menjadi kental.
  3. Pindahkan ke dalam bekas, balut dan simpan dalam peti sejuk (chiller).
  4. Pukul whipping cream hingga kembang.
  5. Masukkan adunan coklat tadi ke dalam whipping cream. Pukul sebentar hingga sebati.

Cara Membakar:

  1. Panaskan oven pada suhu 180°C selama 20 minit.
  2. Susun puff atas dulang pembakar, kemudian letakkan craquelin/crust di atas setiap puff.
  3. Bakar selama 30 minit mengikut suhu berikut:
    180°C selama 15–16 minit pertama
  4. Turunkan suhu kepada 150–160°C dan teruskan membakar selama 15 minit lagi
  5. Selepas masak, jangan keluarkan terus dari oven. Biarkan pintu oven terbuka sedikit dan puff dibiarkan di dalam hingga suam (untuk elak ia menjadi lembik atau kempis).
  6. Akhir sekali, pipekan krim coklat ke dalam puff yang telah disejukkan.
  7. Siap untuk dihidang!

Sumber: Dea Noorfaizura

Baca juga: Cara Buat Kek Batik Klasik, Resipi Tanpa Telur & Tepung Tapi Lembut Bila Digigit

Wan N

Recent Posts

Resepi Asam Tumis Utara, Kuah Masam Pedas & Wangi Bukan Main Lagi!

Kalau suka lauk yang masam, pedas dan cukup membangkitkan selera, resepi Asam Tumis Utara ini…

1 hour ago

Mee Kari Chinese Style Versi Melayu, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Rempah Yang ‘Kick’!

Mee kari Chinese style biasanya lebih sedap dengan kuah yang sedikit cair kerana rasanya lebih…

2 hours ago

Arwah Mak Bagi Resepi Daging Masak Kicap Simple, Kuahnya Kaya Dengan Rasa & Pekat!

Kalau sedang mencari resepi daging masak kicap simple yang mudah dibuat tetapi tetap kaya dengan…

2 hours ago

Cuma Guna Satu Periuk! Resipi Jagung Susu Cheese Ini Sesuai Untuk Sarapan Pagi Yang Cepat

Resepi jagung susu keju ini sesuai untuk anda yang mahukan sarapan ringkas tetapi tetap mengenyangkan.…

5 hours ago

Ayam Gunting Dengan Isi Tebal & Salutan Rangup Ikut Selera, Buat Sendiri Lagi Puas!

Resipi ayam gunting rangup ini sesuai untuk anda yang sering geram apabila salutan tepung terlalu…

19 hours ago

Ini Cara Buat Mi Kuah Daging Yang Menggiurkan, Hasilnya Sedap Sampai Licin Semangkuk!

Kalau sedang mencari idea menu yang berkuah dan mengenyangkan, mi kuah daging ini boleh dicuba.…

19 hours ago