resepi kek batik sedap

Kalau anda tengah mencari resepi kek batik sedap yang mudah dan confirm menjadi, wajib cuba resipi di bawah ini. Menariknya, resipi ini tidak menggunakan telur dan tepung langsung! Teksturnya lembut, tidak melekit dan rasa coklatnya memang padu.

Kek batik memang antara pencuci mulut klasik kegemaran ramai. Bahan-bahannya pun senang, tetapi hasilnya tetap memuaskan hati. Sesuai sangat untuk minum petang, jamuan atau sebagai pencuci mulut selepas makan.

Baca juga: Resipi Kek Kukus Guna 3 Bahan, Hasilnya Memang Lembut & Gebu!

RESEPI KEK BATIK SEDAP DAN LEMBUT

resepi kek batik sedap

Bahan-bahan:

  • 1 ketul mentega
  • 1 cawan coklat coins
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 kotak kecil whipping cream
  • 400g biskut Merry

Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali, kecuali biskut Merry.
  2. Pasang api dan kacau perlahan-lahan sehingga semua bahan menjadi pekat dan berkilat.
  3. Kemudian, masukkan biskut Merry yang telah dipatah-patahkan kasar dan gaul rata.
  4. Bila adunan sudah tidak melekat pada spatula, tuang ke dalam loyang.
  5. Tekan adunan hingga padat supaya kek batik nanti lebih kemas dan cantik apabila dipotong.
  6. Simpan dalam peti sejuk (chiller) semalaman.
  7. Keesokan harinya, keluarkan dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik selama beberapa minit sebelum dipotong.

Sumber: Moeira&Johnson

Baca juga: Resipi Kek Coklat Mousse, Tekstur Lembut & Creamy Macam Makan Aiskrim!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN