resepi mee hailam

Jika anda sudah bosan makan nasi untuk tengah hari, apa kata cuba resepi mee hailam yang mudah dan ringkas ini. Hidangan ini cepat disediakan dan pasti memuaskan selera.

Apa yang istimewa tentang resipi ini adalah ia tidak menggunakan tepung jagung, namun kuahnya tetap pekat dan penuh rasa. Jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Cara Buat Sizzling Yee Mee Ala Medan Selera. Kuah Sedap, Pekat & Cukup Rasa!

RESEPI MEE HAILAM

resepi mee hailam

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee kuning (basuh dan ketepikan)
  • 1 genggam bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji bawang merah besar (dihiris)
  • Udang (dipotong dan dibersihkan)
  • Fishcake (dipotong mengikut citarasa)
  • Sayur-sayuran kobis, sawi atau kailan (dipotong dan dibersihkan)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum.
  3. Masukkan udang dan fishcake, tumis hingga masak.
  4. Tambahkan kicap pekat dan sos tiram.
  5. Masukkan 2 gelas air panas.
  6. Masukkan serbuk lada sulah (1 sudu kecil).
  7. Biarkan mendidih dan merenih seketika.
  8. Masukkan mee dan sayur-sayuran, kacau rata.
  9. Pecahkan 3 atau 4 biji telur dan masukkan ke dalam kuali.
  10. Perasakan dengan sedikit gula, garam dan ajinomoto atau mushroom seasoning.
  11. Biarkan mendidih seketika sebelum menutup api.

Mi hailam siap untuk dihidangkan!

Kredit: Seri Maizura

Baca juga: Resipi Mee Suah Tiram ‘Taiwan Style’, Buat Sendiri Dijamin Halal & Tak Was-Was!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN