resepi ikan selar

Kalau tiada idea nak masak apa menggunakan ikan, apa kata jom cuba resepi ikan selar masak rendang Padang yang pasti membuka selera ini.

Bukan sahaja sedap, resipi ini juga hanya menggunakan 4 bahan utama tapi hasil masakan sangat luar biasa!

Cukup ada satu hidangan ini saja sudah pasti dapat menaikkan selera anda! Hati-hati, nasi satu pinggan confirm tak cukup!

Baca juga: Cara Hilangkan Hanyir Ikan Patin, Kena Cari & Buang ‘Urat’ Ini Sebelum Dimasak

RESEPI IKAN SELAR MASAK RENDANG PADANG

Bahan-bahan:

  • 20 biji cili padi
  • 1 biji bawang merah besar
  • 3-4 ekor ikan selar
  • 1 keping asam gelupur/asam keping

Cara-cara memasak:

1. Cuci bersih ikan dan kelar. Kemudian lumur dengan sedikit garam dan kunyit.

2. Goreng ikan sehingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan.

3. Tumbuk cili padi dan sebiji bawang merah besar sehingga separa lumat.

4. Panaskan minyak, lebihkan sedikit untuk elak sambal hangus.

5. Bila minyak sudah panas, masukkan cili padi yang sudah ditumbuk tadi.

6. Masukkan asam keping.

7. Masukkan garam secukupnya.

8. Selepas sambal tadi sudah separa masak, masukkan ikan selar yang sudah digoreng tadi.

resepi ikan selar

9. Biarkan sebentar sehingga ikan sebati di dalam sambal. Agak-agak dah masak, sedia untuk diangkat dan dihidangkan.

10. Siap, selamat mencuba!

resepi ikan selar

Kredit resipi dan gambar: Nor Shafinaz Radzuan via Rasa

Baca juga: Resipi Ikan Bakar Asam Jawa, Makan Seekor Confirm Tak Cukup Tau!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN