Ingatkan ada daging harimau menangis je kan? Ha! Ayam menangis pun ada tau. Resepi kali ini sedap dan sesuai untuk orang yang tengah diet, kerana tidak menggunakan minyak langsung untuk memasak. Walaupun tidak menggunakan minyak, rasanya tetap juicy dan mengancam sesuai untuk makan bersama keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Dapur Yusfarisyia di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

AYAM MENANGIS

Ingatkan ada daging harimau menangis je kan? Ha! Ayam menangis pun ada tau. Resepi kali ini sedap dan sesuai untuk orang yang tengah diet, kerana tidak menggunakan minyak langsung untuk memasak. Walaupun tidak menggunakan minyak, rasanya tetap juicy dan mengancam sesuai untuk makan bersama keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Dapur Yusfarisyia di Cookpad!

BAHAN-BAHAN AYAM
  • 1 dada ayam dipotong dua

  • 5 ulas bawang putih ditumbuk lumat

  • 2 sudu besar madu

  • 4 sudu besar sos tiram

  • 1 sudu besar jintan manis (disangai dan dikisar/ditumbuk halus)

  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam

BAHAN SOS PENCICAH
  • 21 biji cili padi (ikut suka kalau tak nak pedas boleh kurangkan)

  • 3 ulas bawang putih

  • 2 sudu besar gula/madu

  • 3 tangkai daun ketumbar termasuk akarnya

  • 1 sudu besar chilli flakes

  • 2 biji limau nipis (ambil jus nya)

  • 1 1/2 sudu besar sos ikan

Kredit: Dapur Yusfarisyia

CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan madu, bawang putih, jintan manis, sos tiram dan serbuk lada hitam.

  • Cucuk-cucuk isi ayam dengan garfu dan lumur bahan yang dicampur tadi ke seluruh isi ayam. Perapkan selama  3 jam.

  • Panaskan kuali non-stick. Apabila kuali sudah betul-betul panas, kecilkan api dan letakkan ayam di atas kuali dan panggang sehingga masak.

  • Sementara itu sediakan sos pencicahnya. Satukan kesemua bahan sos, tinggalkan batang dan daun ketumbar untuk diracik halus.

  • Kisarkan bahan sos. Taburkan daun ketumbar dan sedia untuk dihidangkan bersama potongan isi ayam tadi.

TIPS

Perapkan ayam semalam supaya lebih sedap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.