PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-12 06:00:45

Popia sira sambal merupakan antara kuih yang sentiasa menjadi kegemaran orang ramai. Kuih ini boleh didapatkan di pasar-pasar malam yang ada di sekitar perumahan. Anda juga boleh mencuba sendiri untuk membuatnya di rumah kerana bahan-bahannya mudah dan senang untuk dibuat. Namun, untuk mendapatkan popia sira sambal yang betul-betul rangup agak sukar kerana cara-caranya yang berlainan. Bagi yang lebih menyukai tekstur popia yang rangup, ini beberapa tips yang anda boleh ikuti daripada NoraFiza Kamarin.


Kredit: NoraFiza Kamarin.

 

Bahan-bahan inti:

  • 1 paket kulit popia (50keping)
  • 1 biji sengkuang (saiz sederhana)
  • 3 biji lobak (saiz sederhana)
  • Udang geragau (2 sudu besar)
  •  Sedikit serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Sagat sengkuang dan lobak kepada bentuk memanjang.
  2. Tumiskan semua bahan dalam kuali dengan sedikit minyak. Masak sehingga bahan layu.
  3. Kemudian, toskan dan sejukkan bahan tadi dalam raga yang berlubang supaya air dari lobak dan sengkuang kering. Ini untuk memastikan kulit popia kekal rangup, berkilat dan tidak koyak.


    Kredit: NoraFiza Kamarin.
     

  4. Sekiranya bahan inti sudah kering dan sejuk, anda boleh mula untuk menggulung popia.


    Kredit: NoraFiza Kamarin.
     

  5. Pastikan anda tidak menggulung popia terlalu ketat. Elakkan juga mengisi inti terlalu banyak supaya popia tak lemau atau lembik bila sejuk.


    Kredit: NoraFiza Kamarin.
     

  6. Kemudian, lekatkan dengan air pada hujung gulungan supaya tak terbuka
  7. Setelah siap menggulung semua popia, teruskan menggoreng dengan api yang sederhana sehingga kulit popia nampak garing.


    Kredit: NoraFiza Kamarin.
     

  8. Toskan popia goreng bagi suam-suam sejuk sebelum disira.

 

Bahan-bahan sambal sira:

  • 10 tangkai cili kering
  • ½ labu bawang putih
  • 15 sudu besar @ 1 ½ cawan kopi gula pasir
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil perasa cukup rasa
  • 2 sudu besar bijan
  • 5 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Kisarkan cili kering bersama bawang putih yang disediakan tadi. Kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan perasa cukup rasa, gula pasir, sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih. Api sedang sahaja. Tidak perlu ditambah dengan air.
  3. Lebihkan gula dari cili untuk memastikan popia kekal rangup. Tunggu sehingga tekstutnya pekat serta berbuih. Kemudian, tutup api.
  4. Apabila sambal sudah suam, masukkan popia dan gaul sehingga rata.
  5. Susun popia dalam dulang dan elakkan menindih popia dengan yang lain untuk mengekalkan kerangupan popia.

 

Dah siap! Boleh dimakan bersama seisi keluarga. Selamat mencuba!


Kredit: NoraFiza Kamarin.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN