pes cili thai

Pes nam prik pao adalah sejenis pes cili Thai. Ia juga sering dipanggil dengan nama pes cili sangai.

Biasanya ia ada dijual di pasar raya. Kalau nak cuba buat sendiri pun mudah saja.

Pes ini biasanya digunakan dalam pelbagai masakan Thailand seperti paprik, tiga rasa, tomyam dan sebagainya.

Jika tambahkan pes ini ke dalam tomyam, warnanya akan menjadi lebih cantik dan merah menyala.

Baca juga: Resipi Mudah Tomyam Yang Pekat Kaw Kaw & Rasa Padu!

Beza Pes Tomyam & Pes Cili Thai

Pes Tomyam adalah pes yang sudah dicampur dengan ramuan lain seperti serai, lengkuas, jus limau dan daun limau purut. Jika masak tidak perlu tambah bahan-bahan ini lagi.

Manakala jika masak Tomyam menggunakan pes Nam Prik Pao, anda perlu menambah serai, lengkuas, daun limau purut dan jus limau nipis. Istimewanya jika memasak tomyam guna pes ini, warna Tomyam akan jadi lebih cantik dan merah menyala sama seperti sajian yang dinikmati di negara asalnya. 

RESIPI PES CILI THAI (PES NAM PRIK PAO)

Bahan-bahan:

  • Segenggam cili kering
  • 4 biji bawang besar
  • 12 ulas bawang putih
  • Ikan bilis secukupnya
  • Udang kering secukupnya
  • Sedikit belacan
  • 2 sudu makan gula perang – jika tiada boleh ganti dengan gula kabung thai atau gula melaka 
  • 4 sudu makan sos ikan
  • Air asam jawa atau sedikit air perahan limau nipis – jika ada
  • Garam secukup rasa – jika perlu
  • 1/2 cawan minyak masak

Cara memasak:

1. Hiris bawang merah dan goreng tanpa minyak di dalam kuali bersama bawang putih. Angkat dan ketepikan.

2. Seterusnya masukkan cili kering dan sangai dengan api perlahan. Kacau selalu supaya tidak hangus.

3. Pada masa ini, boleh tambahkan sedikit garam untuk elakkan kuali berasap dan menyebabkan bersin.

4. Masukkan hirisan cili yang sudah disangai tadi ke dalam pengisar kering. Kisar halus.

5. Sangai juga ikan bilis, udang kering dan belacan hingga naik bau.

6. Masukkan cili kering kisar, bawang, ikan bilis, udang kering dan belacan ke dalam pengisar basah.

7. Masukkan juga gula perang, sos ikan dan asam jawa yang dilarutkan dengan air panas. Boleh juga ditambah sedikit jus limau nipis. Kisar hingga lumat.

8. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi dengan api perlahan. Pastikan tumisan sentiasa dikacau supaya tidak hangus dan pecah minyak dengan sempurna.

pes cili thai

9. Bila pes mendidih, kacau rata dan tutup api. Walaupun api sudah padam, pastikan pes sentiasa dikacau hingga sedikit sejuk.

10. Biarkan pes hingga betul-betul sejuk kemudian masukkan ke dalam balang kedap udara. Simpan dalam peti sejuk dan gunakan dalam aneka masakan anda.

pes cili thai

Kredit resipi dan gambar: Munirah Binti Mohd Ramli

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Rebus Thai, Nak Lagi Padu, Kuah Kena Pedas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN