resepi ikan rebus goreng

Resepi ikan rebus goreng ini biasanya hanya dimasak oleh orang pantai timur. Bukan itu saja, ikan rebus goreng yang rangup sampai ke tulang ini juga jarang ditemui di mana-mana kedai.

Makan bersama nasi panas dengan ulam sungguh menyelerakan, sudah tidak perlu lauk lain! Jangan lupa cuba ya, memang senang saja masak ikan ini, boleh bertambah tambah makan nasi! 

Baca juga: Cara Mudah Siang Ikan Kembung, Sekali Tarik Semua Tulang Keluar!

RESEPI IKAN REBUS GORENG STAIL PANTAI TIMUR

Bahan-bahan:

  • 10 ekor ikan selayang saiz kecil – dicuci bersih
  • 4 keping asam keping
  • 3 sudu besar rata garam atau ikut masin disukai
  • 1 inci nisan (gula melaka)
  • 4 keping hirisan lengkuas
  • Air secukupnya

Cara memasak:

1. Masukkan ikan yang telah dibersihkan dan semua bahan lain ke dalam periuk.

resepi ikan rebus goreng

2. Tuang air. Sukatan air adalah hingga paras tenggelam separuh dari ikan.

3. Tutup periuk dan reneh ikan dengan api perlahan hingga air hampir kering.

4.Bila ikan sudah masak bolehlah terus digoreng.

5. Namun jika ingin rasa ikan rebus yang lebih sedap, anda boleh biarkan semalaman di dalam periuk tersebut dan keesokan harinya boleh la digoreng. Lagi enak berperisa.

6. Hidangkan ikan bersama nasi panas dan ulam-ulaman. Selamat mencuba!

resepi ikan rebus goreng

Kredit resipi dan gambar: Ahmad Humaizi

Baca juga: Cara ‘Pro’ Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup & Tak Jadi ‘Bengkok’!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN