resepi sos keropok lekor

Jom kita cuba resepi sos keropok lekor original dari Terengganu ini. Rupanya tak susah mana kalau nak buat sendiri di rumah.

Boleh buat banyak terus dan simpan dalam peti sejuk, senang bila-bila nak makan keropok lekor cicah dengan sos.

Kalau ada yang teringin nak cuba buat sos keropok lekor ini, ikut saja resipi lengkap perkongsian oleh Ayda Sallehudin di bawah.

Baca juga: Nak Jimat Buat Sendiri Je ‘Sos Cili Thai’, Modal RM5 Dapat 3 Botol!

RESEPI SOS KEROPOK LEKOR ORIGINAL TERENGGANU

Bahan-bahan:

  • 800 gram cili kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil minyak
  • 2 cawan gula pasir (boleh lebihkan jika suka manis)
  • 1/2 cawan cuka makan
  • 1 cawan air (lebihkan jika suka sos cair)
  • Seketul gula melaka saiz sederhana

Cara penyediaan:

1. Tumis bawang putih yang sudah dicincang dengan 1 sudu kecik minyak masak. Tumis sehingga bawang putih menjadi kekuningan.

2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain iaitu cili kisar, gula pasir, cuka makan, air dan gula melaka.

3. Masak menggunakan api perlahan sehingga sos menjadi pekat dan bertukar kepada warna sedikit gelap.

resepi sos keropok lekor

4. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam botol. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Ayda Sallehudin

Baca juga: Cara Buat Keropok Lekor Homemade, Ringkas & Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN