kuah asam laksa

Jika selama ini sudah sering makan kuah Asam Laksa yang biasa saja, kami cadangkan anda buat dalam versi chinese style. Bukan saja sedap, malah aromanya cukup memikat.

Secara umumnya, laksa mempunyai dua jenis kuah iaitu kuah asam (yang biasanya disebut sebagai asam laksa) dan kuah kari (yang biasanya disebut laksa kari atau laksa merah).

Kami tertarik dengan perkongsian resipi oleh Eja Rahim di Facebook. Rupa-rupanya, ada satu bahan rahsia untuk naikkan aromanya. Jom kita cuba!

Baca juga: Laksa Siam Dengan Kuah Pekat Berlemak, Sumpah Sedap Sampai Mengidam!

RESIPI KUAH ASAM LAKSA CHINESE STYLE

kuah asam laksa

Bahan-bahan (kisar bahan bertanda *):

  • 1 tin besar sardin ayam brand (buang sos dan hancurkan dengan sudu)
  • 5 ekor ikan sardin atau kembung (rebus ambil isi saja, tak perlu masuk dalam kuah, letak dengan rencah-rencah semasa nak makan nanti)
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang putih*
  • 5 tangkai cili kering*
  • 1 paket pes asam pedas adabi
  • 2 kuntum bunga kantan (dibelah dua)
  • 10 biji asam keping
  • 2 sudu besar petis udang
  • 1 biji nenas (kisar separuh)
  • Air asam jawa secukup rasa

Bahan-bahan rencah (potong macam biasa kecuali daun pudina):

  • Timun
  • Bawang
  • Nenas
  • Cili merah
  • Isi ikan
  • Daun pudina (buang batang)
  • Petis udang

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampi pecah minyak.

2. Masukkan pes asam pedas dan bunga kantan, kemudian kacau sebati.

3. Masukkan air asam jawa dan nenas yang telah dikisar, kemudian biarkan mendidih sekejap.

4. Selepas itu, masukkan sardin tin tadi dengan air rebusan ikan dan tambahkan air, tapi kuah jangan pekat tau.

5. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa (biar rasanya sedikit manis), kemudian didihkan lagi. Siap untuk dihidang!

kuah asam laksa

Buat pengetahuan anda, kuah Asam Laksa ini sedap dimakan dengan laksa basah. Selain itu, kuah ini wajib ada daun pudina, baru naik rasa dan aromanya.

Selamat mencuba!

Sumber: Eja Rahim

Baca juga: Resepi Laksam Sukatan Cawan, Hasil Cantik, Licin Dan Lembut Dimakan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN