Resepi kali ini boleh dikatakan resepi yang sedang hangat di media sosial kerana ia meraih lebih 13 ribu perkongsian di Facebook. Ramai yang sudah mencuba resepi ini dan mengatakan ia sangat mudah dan sedap.

Bagi yang teringin rasa Korean cream cheese garlic bread ini, korang boleh cuba mengikut resepi ini  hanya dengan menggunakan roti burger sahaja korang dapat menikmatinya.

Bahan-bahan Sos Bawang Putih

  • Bawang putih – cincang
  • 100 g mentega
  • 2 sdb mayonis
  • 1 biji telur
  • Parsley

Bahan Inti

  • 250 g cream cheese 
  • 2 sudu makan susu pekat

CARA PENYEDIAAN

  1. Untuk membuat garlic sauce, cairkan mentega dan biarkan sedikit sejuk dan baru campurkannya bersama semua bahan-bahan untuk membuat garlic sauce.

2. Bagi intinya pula, campurkan cream cheese dengan susu pekat sampai sebati dan masukkan di dalam piping bag.

3. Selepas itu, untuk memasukkan inti kedalam roti burger, bahagikan roti tersebut kepada 6 bahagian pastikan ia tidak terputus.

4. Pipekan kan celah-celah roti yang sudah dibelah dengan inti yang sudah disediakan tadi.

5. Sapukan garlic sauce itu pada atas roti.

6. Bakar pada suhu 150-160 darjah selama 10-15 minit mengikut oven masing-masing.

Sumber: Tyra Manan