Resipi spageti aglio olio merupakan hidangan yang paling mudah dan cepat untuk dibuat. Kurang 30 minit untuk menyiapkan satu hidangan.
Pelbagai protein anda boleh cuba seperti ayam, udang, daging serta sotong. Kadar kepedasan juga ikut kepada selera sendiri.
Jom tengok resipi yang senang dari Cik Puan Adilah Jaafar melalui laman sosial Facebook.
Baca juga: Resipi Cucur Badak Cara Mak Mertua, Barulah Menantu Syurga!
RESIPI SPAGETI AGLIO OLIO
Bahan-bahan
- Bawang Holland 1 biji (dipotong dadu)
- Bawang putih 6 ulas (dipotong dadu)
- Cendawan butang 1 tin (dihiris nipis)
- Capsicum hijau dan merah dipotong dadu
- Udang dibuang kulit
- Mix herbs 2 sudu besar
- Chili flake 3 sudu besar
- Kiub ayam 1 (pilihan)
- Serbuk black pepper 2 sudu besar
- Spageti 500g / 1 paket
- Garam
- Minyak zaitun (olive oil)
- Keju parmesan
Cara-cara Penyediaan
1. Rebus spageti hingga masak. Toskan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga layu dan harum.
3. Masukkan udang yang telah dibuang kulit. Goreng sekejap hingga udang berubah warna.
4. Masukkan mix herbs, chili flakes, serbuk black pepper, dan kiub ayam (jika digunakan). Goreng sekejap sehingga bahan-bahan sebati.
5. Tambahkan cendawan butang yang dihiris nipis dan capsicum hijau dan merah yang dipotong dadu. Gaul rata.
6. Masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga semua bahan sebati.
7. Masukkan spageti yang telah direbus tadi ke dalam kuali. Gaul hingga semua bahan bersatu dengan spageti.
8. Taburkan sedikit chili flakes dan keju parmesan di atas spageti untuk menambah rasa.
Spageti Aglio Olio kini siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba dan menikmati hidangan pasta yang lazat ini!

Sumber: Adilah Jaafar
Baca juga: Kuih Keria Rasa Macam Di Melaka, Wajib Ikut TIP Akak Ini!
Related Posts
Resipi 20 Minit Siap
Resipi Popular
Resipi Nasi Ayam Crispy Yang Lagi ‘Wow’ Dari Biasa, Confirm Jadi Kegemaran Keluarga!
Resepi ‘Mashed Potato’ Ala-Ala KFC Yang Sangat Mudah, Anak-Anak Confirm Suka!
Cara Buat Payasam (Bubur Manis India), Resipi Asli Dari Orang India Sendiri
Resipi Sambal Tempoyak Sardin Petai, Sedap Pohpaleh Weh!
Cara Buat Doh Karipap Yang Berkulit Licin, Tak Timbul ‘Jerawat’ Selepas Digoreng
Artikel Popular
Resipi Cottage Pie, Idea Makan Petang Yang Sedap Macam Di Hotel 5 Bintang!
Perap Ayam Goreng 30 Minit Sahaja, Bau Wangi Sampai Jiran! Ini Cara Rahsia Bagi Rangup & Berempah
Kedai ‘Tomyam Malaysia’ Mendunia Di India, Siap Ada Menu Roti Canai Dan Apam Balik
Rahsia Kuah Shell Out Yang Padu, Rupanya Kena Tambah ‘1 Bahan’ Rahsia Ini
Nak Keluarkan Angin Degil Dalam Badan, Cuba Petua Minum Air Halia Madu 4 Bahan Ini
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














