ikan pindang

Jika anda berasal dari negeri bahagian utara Semenanjung Malaysia, pasti pernah makan Ikan  Pindang. Kali ini, kami nak ajar anda cara buat Ikan Pindang Kedah ringkas dan sedap.

Dengar nama hidangan ini saja, sudah tahu ia datang dari mana bukan? Tambahan pula, masakan Kedah memang tak dinafikan yang kesedapannya tak terhingga.

Ikan Pindang Kedah juga dikenali sebagai ikan singgang di sesetengah tempat. Namun, cara memasaknya memang cukup mudah dan paling disukai ramai terutama mak-mak.

Ida Shahida telah kongsikan resipi Ikan Pindang Kedah di Facebook yang hasil kuahnya kelihatan sungguh menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Telur Pindang Paling Cepat Dan Mudah, Rebus 2 Jam Dah Siap!

RESIPI IKAN PINDANG KEDAH

ikan pindang

Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan kembung
  • 2 sudu besar cili boh
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 4 biji asam keping
  • 2 tangkai daun kesom atau bunga kantan (boleh campur kedua-duanya juga)
  • 2 keping lengkuas (dihiris nipis)
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil gula
  • Sedikit ajinomoto
  • Secubit serbuk kunyit
  • 5 gelas air
  • Sedikit belacan

Bahan-bahan (kisar halus):

  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

Bahan-bahan tambahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, siang ikan kembung dan kelar satu hiris saja (saya kelar dibahagian tepi supaya ikan nampak cantik).

2. Selepas itu, masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali ikan dan bahan tambahan.

3. Masukkan air dan didihkan dengan lama dengan menggunakan api sederhana saja, kemudian biarkan 20 minit supaya semua pati bahan keluar dan sebati.

4. Kemudian, masukkan ikan. Jika nak masukkan kacang bendi, nanas atau tomato, boleh masukkan sekali.

5. Akhir sekali, tunggu sayur agak sedikit layu, bermakna lauk sudah masak. Siap untuk dihidang!

ikan pindang

Nak tambah kesedapan Ikan Pindang Kedah, anda boleh makan bersama nasi putih dengan kuahnya penuh dalam pinggan. Sambil-sambil itu, boleh makan dengan sambal belacan juga.

Selamat mencuba!

Sumber: Ida Shahida

Baca juga: Ikan Siakap Pedas Manis, Lauk Ini Buat Satu Keluarga Makan Sampai Berselera!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN