kerepek ngaku

Menjelang perayaan Tahun Baharu Cina, kerepek ngaku atau sengkuang cina memang jadi kudapan kegemaran ramai, sebab ia sejenis ubi bermusim yang hanya ada antara Disember hingga Februari.

Rasanya rangup dan manis berlemak, memang sedap! Kalau anda peminat kerepek, mesti suka. Resipi ini mudah saja sebab tak perlu guna sebarang tepung untuk merangupkannya.

Baca juga: Jangan Buang Kulit Ubi Kentang! Rupanya Boleh Buat Kerepek Rangup Untuk Kudap-Kudap

CARA BUAT KEREPEK NGAKU RANGUP TANPA TEPUNG

kerepek ngaku

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Mula-mula, basuh ngaku dengan bersih guna air mengalir. Buang kulit hitam atau bahagian yang rosak.
  2. Selepas itu, guna pemarut jenis ‘slicer’ untuk parut ngaku nipis-nipis. Kalau tak ada’slicer’, boleh je guna pisau tajam untuk hiris ngaku secara halus.
  3. Panaskan minyak banyak-banyak dalam kuali. Pastikan minyak cukup panas dulu. Kalau nampak buih-buih kecil, maknanya minyak sudah panas.
  4. Bila minyak dah panas, masukkan ngaku yang dah diparut. Goreng dengan api sederhana sampai garing dan keperangan. Jangan masukkan ngaku terlalu banyak dalam kuali sekali gus sebab nanti suhu minyak turun dan kerepek tak rangup.
  5. Bila dah garing, angkat dan toskan minyak lebih dengan penapis atau kertas penyerap. Boleh letak kerepek atas redai supaya minyak lebih mudah menitis.
  6. Untuk rasa lebih sedap, taburkan sikit garam halus atas kerepek yang dah ditoskan. Gaul rata dan biarkan sejuk dulu sebelum simpan. Selain garam, boleh juga tambah perasa lain macam serbuk lada sulah, serbuk cili atau perasa rumpai laut.

Nota:

  • Pastikan ngaku betul-betul kering sebelum digoreng supaya tidak terpercik minyak.
  • Goreng kerepek ngaku dengan api sederhana untuk memastikan ia masak sekata dan tidak hangus.
  • Simpan kerepek ngaku dalam bekas kedap udara setelah sejuk sepenuhnya untuk mengekalkan kerangupannya.

Sumber: Nurul Ainin Sofea Azhari

Baca juga: Cara Buat Kerepek Peria Yang Rangup, Syok Makan Sebab Tak Pahit Langsung!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN