kepak ayam madu

Setiap kali pergi pasar malam pasti sering terbau asap kepak ayam madu yang sedang dimasak. Bau yang sangat mengiurkan sangat, memang wajib beli lah.

Tapi harga untuk seketul ayam tu boleh tahan juga, tak puas makan kalau beli sikit. Haa, apa kata jom buat sendiri kepak ayam madu ala pasar malam kat rumah.

Senang saja caranya, baru puas hati makan kalau buat sendiri. Lagi jimat dan berbaloi-baloi. Ikut saja resipi perkongsian oleh Rhonne Norlinda di bawah.

Cara Buat Kepak Ayam Madu Ala Pasar Malam

Bahan-bahan tumis/perapan:

  • Halia dalam seinci hiris halus
  • Bawang putih 3 ulas hiris halus
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Sos cili 2 sudu besar
  • Sos tomato 1 sudu besar (tak letak pun tak apa)
  • Kicap manis 1 sudu
  • Madu 1/2 cawan
  • Cili kisar 3 sudu besar (nak pedas sikit, boleh juga ganti dengan serbuk cili) Tak letak pun tak apa)

Cara-cara:

1. Gaulkan ayam bahagian kepak dengan pewarna merah atau sirap.

2. Kemudian gorengkan sedikit terlebih dahulu. Angkat dan ketepikan.

3. Kemudian tumis halia dan bawang putih sampai naik bau, masukkan pula cili kisar dan bahan-bahan sos dan ayam tadi. Gaul sebati sehingga sedikit kering.

4. Boleh terus dimakan atau bakar sekejap dalam oven. Selamat mencuba!

Kredit: Rhonne Norlinda

Baca juga: Resipi & Tips Supaya Ayam Goreng Jadi Berkerinting, Hanya Guna 2 Bahan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN