gulai lemak​

Gulai lemak​ timun gaya Kelantan ini sangat mengiurkan. Ia lebih sempurna jika dipadankan dengan nasi putih, ikan goreng, ulam, dan budu.

Namun, resipi ini mempunyai sedikit kelainan kerana empunya resipi ada menambah bahan rahsia untuk menjadikan kuah lebih pekat dan berlemak.

Jika ingin mengetahui resipinya dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian penuh di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Gulai Lemak Ayam Lagi Padu Dari Biasa, Ada Satu Bahan Yang Jarang Orang Letak

RESEPI GULAI LEMAK​ TIMUN PEKAT DAN BERLEMAK

Bahan-bahan:

  • 4 batang timun (muda)
  • Udang secukupnya
  • 3 ekor ikan kembung/selayang
  • 2 inci lengkuas
  • 1 biji bawang merah besar
  • 2 tangkai cili merah
  • 3 sudu besar kelapa parut mentah
  • 3 sudu besar kelapa parut goreng
  • Santan pekat secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

Cara Memasak:

  1. Rebus ikan tanpa bahan lain terlebih dahulu.
  2. Tumbuk lengkuas terlebih dahulu. Kemudian, tumbuk kelapa parut mentah dan kelapa parut goreng. Akhir sekali, masukkan isi ikan dan bawang. Tumbuk hingga lumat.
  3. Campurkan sedikit santan pada bahan tumbuk dan kacau rata supaya tidak berketul. Nyalakan api perlahan.
  4. Masukkan kesemua santan ke dalam periuk.
  5. Tambahkan garam dan gula. Sesuaikan rasa kuah lemak dan manis. Biarkan kuah mendidih perlahan.
  6. Kulit timun boleh dikelar dengan pisau sagat. Belah kepada empat. Timun yang lebih muda akan lebih sedap.
  7. Setelah kuah mendidih, masukkan timun. Sentiasa kacau kuah. Apabila timun sudah sedikit layu, masukkan udang dan cili.
  8. Biarkan mendidih sehingga udang masak. Tutup api. Saya suka timun sedikit layu supaya masih rangup dan warnanya kekal hijau. Jika ingin timun lebih lembut, biarkan mendidih lebih lama.
  9. Pastikan kuah pekat dan rasa lemak. Kuah yang sedap seperti ini paling sesuai dipadankan dengan ulam dan budu. Ikan bekok juga menjadi pelengkap yang cukup baik.

Kredit resipi dan gambar: Mizah Ngatimah

Baca juga: Resipi Kuah Gulai Kosong, Boleh Makan Dengan Apa Saja!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN