daging goreng ala thai

Malas nak masak renyah-renyah? Apa kata cuba masak Daging Goreng Ala Thai yang simple dan sedap ini.

Tinggal campak semua bahan dalam kuali terus siap! Makan dengan nasi putih pana-panas pun dah cukup.

Bahan memasak pun semua dah ada di dapur, tinggal beli daging je. Hidangan ini boleh dimasak bila-bila masa je.

Artikel berkaitan: Ini 9 Bahagian Lembu Yang Korang Perlu Tahu Dan Cara Memasak

Kalau nak tambah kick pedas, boleh campur sedikit cili padi. Ikut cita rasa masing-masing. Kita boleh adjust nak pedas atau pun tak. Tapi kalau nak bagi anak-anak makan, blackpapper yang ada tu dah cukup. Tak perlu letak cili lagi.

Jom ikuti resipi dari perkongsian Mad Pi ini. Nak follow beliau guna daging bahagian topside pun boleh. Hiris nipis-nipis kalau nak daging lembut masa di makan nanti. Boleh juga kalau nak rebus dulu.

Resipi Daging Goreng Ala Thai


1/2kg daging (hiris nipis)

Bersihkan,toskan air, masukkan dalam kuali dan rebus sehingga lembut. Kemudian ketepikan.

Bahan A:

  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 4 biji bawang merah (hiris nipis)
  • 1 sudu besar biji ketumbar (tumbuk halus)
  • 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk halus)

Bahan B:

  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk cili (boleh tmbah jika nak pedas)

Bahan C:

  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1 sudu besar lime jus atau air limau nipis
  • 1 sudu besar beras ( di sangai atau goreng tanpa minyak dan di tumbuk halus)
  • 1 biji bawang besar (hiris halus )
  • Daun ketumbar di hiris

Cara memasak:

  1. Panas kan minyak. Tumis bahan-bahan A sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging yang dah siap rebus tadi.
  3. Masukkan bahan-bahan B dan gaul sebati.
  4. Akhir sekali masukkan bahan-bahan C.

Dah boleh hidang dan selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN