makanan untuk buah pinggang

Artikel pada kali ini MyResipi akan berkongsikan makanan untuk buah pinggang yang dapat mengelakkan dari sebarang penyakit.

Makanan dan minuman yang disenaraikan di bawah ini baik untuk buah pinggang anda dan perlu dimasukkan ke dalam diet pemakanan harian.

Sekiranya anda merupakan pesakit buah pinggang, pengambilan makanan ini amat penting bagi memastikan fungsi organ tersebut dalam keadaan baik.

Baca juga: 5 Makanan Yang Boleh Rosakkan Buah Pinggang, No.3 Paling Ramai Suka Makan

MAKANAN UNTUK BUAH PINGGANG SIHAT

1. Putih Telur

Putih telur mempunyai sumber protein berkualiti tinggi dan mesra buah pinggang yang rendah fosforus.

Putih telur lebih baik berbanding kuning telur untuk orang yang menjalani diet buah pinggang. Hal ini kerana kuning telur tinggi dengan fosforus.

2. Bawang Putih

Bawang putih bukan sahaja menjadi penyedap rasa kepada makanan, malah ia mempunyai sumber mangan dan vitamin B6 yang baik. Selain itu, ia juga mengandungi sebatian sulfur yang bersifat anti-radang.

3. Kubis Bulat

Kubis tergolong dalam sayuran berdaun dari keluarga ‘brassicas’ yang kaya dengan sumber vitamin, mineral dan sebatian antioksidan.

Kajian mendapati bahawa kubis putih, hijau dan merah boleh membantu mengawal paras gula dalam darah, mengurangkan risiko kerosakan hati dan buah pinggang serta boleh mencegah tekanan oksidatif dan obesiti.

4. Makanan Untuk Buah Pinggang –  Kranberi

Jus kranberi telah terbukti berkesan dalam menurunkan kadar kolestrol dan tekanan darah serta kandungan vitamin C yang tinggi untuk menyokong kesihatan imun badan.

Tahap kolestrol dan tekanan darah yang sihat sekaligus memberi kesan kepada kesihatan buah pinggang. Hal itu kerana, buah pinggang bertindak sebagai penapis untuk darah melalui badan.

Jus kranberi juga dapat mengekalkan bakteria patogen daripada terkumpul di dinding buah pinggang dan boleh mencegah jangkitan atau penyakit daripada berlaku.

5. Kubis Bunga

Kubis bunga mengandungi banyak nutrien termasuk vitamin K, folat dan serat. Ia juga mengandungi antioksidan dan sebatian anti-radang.

6. Avokado

Avokado adalah sumber lemak yang menyihatkan jantung serta mengandungi vitamin dan mineral penting. Satu biji avokado mengandungi lebih kurang 690 mg kalium.

7. Nenas

Nenas sesuai diambil oleh untuk orang yang mempunyai masalah buah pinggang. Ia lebih rendah dalam fosforus, kalium, dan natrium berbanding buah oren, pisang atau kiwi.

8. Makanan Untuk Buah Pinggang – Blueberi

Buah blueberi kaya dengan nutrien dan antioksidan yang dikenali sebagai anthocyanin. Ia berfungsi untuk mengelakkan dari penyakit jantung, diabetes, dan penyakit lain.

9. Bawang Besar

Bawang besar salah satu cara untuk menyediakan rasa bebas natrium kepada hidangan diet buah pinggang.

Menumis bawang dengan bawang putih, minyak zaitun dan herba boleh menambah rasa pada hidangan tanpa menjejaskan kesihatan buah pinggang anda.

Bawang mengandungi vitamin C, mangan, dan vitamin B, termasuk folat. Ia juga mengandungi gentian prebiotik yang membantu memastikan sistem pencernaan lancar.

10. Lada Benggala Merah

Lada benggala kaya dengan vitamin A dan C serta antioksidan lain tetapi rendah kalium. Nutrien ini penting untuk fungsi imun yang berkait rapat dengan penyakit buah pinggang.

11. Makanan Untuk Buah Pinggang – Biji Labu

Biji labu kaya dengan serat, vitamin E, zink, protein, tembaga dan zat besi yang boleh mengurangkan risiko batu karang pundi kencing, serta melindungi buah pinggang daripada sebarang kerosakan luaran.

12. Ikan Berlemak

Ikan yang kaya dengan protein dan asid lemak tak tepu, yang berfungsi sebagai perisai pelindung untuk buah pinggang dan melindunginya daripada sebarang kerosakan.

13. Air Kosong

Mengehadkan pengambilan cecair jika anda menghidap penyakit buah pinggang adalah perlu. Namun, sebenarnya air itu membantu buah pinggang mengeluarkan bahan buangan daripada darah dan membantu memastikan saluran darah terbuka supaya darah sampai ke buah pinggang anda.

Jika ia kering, sistem penghantaran ini lebih sukar untuk berfungsi malah boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan buah pinggang.

Air juga mengurangkan peluang anda mendapat batu karang atau jangkitan saluran kencing, kedua-duanya boleh membahayakan buah pinggang

14. Makanan Untuk Buah Pinggang – Ceri

Ceri adalah sumber yang kaya dengan fitokimia yang membantu melindungi jantung dan buah pinggang.

Menurut pakar, pengambilan ceri secara berkala membantu mengurangkan keradangan, terutamanya buah pinggang.

Sumber: eCentral

Baca juga: Jenis Kacang Yang Sesuai Dijadikan Jajan, Baru Lagi Sihat & Banyak Khasiat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN