Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram yang mudah dan cepat disediakan. Hanya perlu celur sayur, tuang kuah dan siap untuk dihidangkan. Tips untuk mendapatkan sayur yang sedap, jangan dicelur terlalu lama kerana tekstur sayur haruslah masih rangup semasa dihidangkan. Itulah ‘rahsia’ yang membuatkan masakan sayur ini sedap dan unik. Jadi apa kata kita cuba resepi Pak Choy Pedas Tumis Sos Tiram yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

Resepi Pak Choy Pedas Tumis Sos Tiram

Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram yang mudah dan cepat disediakan. Hanya perlu celur sayur, tuang kuah dan siap untuk dihidangkan. Tips untuk mendapatkan sayur yang sedap, jangan dicelur terlalu lama kerana tekstur sayur haruslah masih rangup semasa dihidangkan. Itulah ‘rahsia’ yang membuatkan masakan sayur ini sedap dan unik. Jadi apa kata kita cuba resepi Pak Choy Pedas Tumis Sos Tiram yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 20 pokok pak choy – dibelah dua

  • 4 ulas bawang putih – diracik halus

  • 5 biji cili api – dipotong kecil

  • 4 sudu besar sos tiram

  • 1 sudu kecil cukup rasa maggi

  • 1/2 cawan air panas

  • 2 sudu makan bancuhan tepung jagung

Kredit: Julia Aleen Aireish
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan sayur pak choy, didihkan air kemudian rebus sekejap sahaja.

  • Angkat dan terus masukkan ke dalam ais untuk kekalkan kesegaran dan warna sayur.

  • Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan cili api hingga kekuningan dan angkat. Tinggalkan sedikit di dalam kuali untuk masak kuahnya.

  • Masukkan air panas, kemudian letak sos tiram diikuti dengan secukup rasa maggi, masak sekejap dan akhir sekali letak bancuhan tepung jagung. Kacau-kacau siap.

Kredit: Julia Aleen Aireish

Kredit: Julia Aleen Aireish

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.