makanan trending

Budaya dan makanan trending sangat berkait rapat dengan rakyat Malaysia sehingga sebahagian daripadanya akan berusaha beratur berjam lama dalam memastikan mereka akan mendapatkan makanan trending.

Kita juga mungkin sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan tren makanan tersebut lebih-lebih lagi apabila orang yang membeli meninggalkan ulasan positif.

Baca juga: Senarai Kedai Kopi Lokal Yang Setanding Dengan Jenama Kopi Antarabangsa

Supaya anda tidak ketinggalan, MyResipi telah menghimpunkan beberapa makanan viral 2024.

MAKANAN TRENDING 2024 DI MALAYSIA

1. Cromboloni 

makanan trending

Cromboloni adalah gabungan dua pastri popular iaitu Croissant dan Bomboloni. Makanan ini menjadi viral di Malaysia kerana keunikan serta inovasi yang dilakukan dalam menyajikan makanan. Tidak hanya itu, cromboloni yang dihadirkan dengan pelbagai perisa seperti matcha, coklat dan strawberi menarik minat orang ramai untuk mencuba. 

Bagaimanapun, proses membentuk sebiji cromboloni tidak semudah yang difikirkan kerana melibatkan kemahiran membuat doh croissant. Oleh itu di Malaysia, makanan yang menjadi viral biasanya menarik perhatian para peniaga yang tidak mahu melepaskan peluang mengikuti tren tanpa mempunyai kemahiran dalam dunia pastri. Sebagai pembeli yang prihatin, berhati-hati dan jangan terpedaya dengan gambar di atas papan menu.

2. Soft Cookies

makanan trending

Cookies datang dalam pelbagai jenis, rasa dan tekstur yang berbeza. Tekstur tersebut adalah light and cakey, thin and crispy dan soft and chewy. Dalam ketiga-tiga jenis ini, soft and chewy cookies atau dipendekkan sebagai soft cookies menjadi kegilaan mereka yang penggemar cookies.

Cookies jenis ini mempunyai tekstur yang lembut namun sedikit liat tetapi bukan lemau seperti sangkaan sesetengah orang. Pengembangan glutien dalam adunan tersebut yang membuatkan cookies ini menjadi sedikit chewy atau liat. Cara menikmati soft cookies yang paling terbaik adalah dengan mencelup di dalam susu sejuk.

3. Kek Tapak Kuda

Kek tapak kuda menjadi fenomena di Malaysia dengan pelbagai inti perisa. Namun begitu, kek ini sebenarnya berasal dari Brunei Darussalam.

Apa yang lebih menarik berkaitan kek tapak kuda ini, ia mempunyai tekstur yang gebu dan lembut. Selain, ditambah dengan inti krim coklat, biscoff, nestum, matcha crunchy dan pelbagai lagi perisa lain. Sekali gus, menjadikan kek ini mendapat sambutan yang tinggi.

4. Kopi Lokal

Disebabkan oleh isu yang terjadi di Palestine, dunia kopi tempatan semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Kopi tempatan yang jauh lebih murah serta sedap telah mendorong orang ramai untuk menyokong produk tempatan.

Bagi peminat kopi yang memerlukan sedos kafein bagi memulakan hari serta tiada masa membuat kopi sendiri, mereka lebih terbuka untuk membeli secara atas talian melalui aplikasi seperti Zus Coffee, Gigi Coffee dan Kopi Saigon.

Peniaga juga mengambil kesempatan dengan membuka perniagaan kopi jenama sendiri seperti Kopilihanku, Kopi Dua Darjat, Bijikupi dan lain-lain.

Jelaslah di sini bagi membantu industri makanan dan minuman (F&B) berkembang dengan pesat serta mengikuti perubahan tren semasa, kita sebagai pelanggan yang memainkan peranan besar dalam membentuknya. Ini secara halus membantu peniaga tempatan dalam bidang ini untuk meraih keuntungan.

Baca juga: Elak Makanan Syubhah, Lelaki Ini Kongsi Lokasi Kedai Sedap Di Penang Yang Halal & Suci

Sumber: Getslurp 

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN