dadih susu

Bukan senang nak dapat dadih susu yang asli. Kebanyakan yang dijual sekarang sebenarnya agar-agar susu, bukannya dadih.

Kalau nak tahu apa rasa dadih asli yang sebenar, boleh cuba buat di rumah menggunakan resipi oleh Aisyah Humaira di bawah.

Menurutnya, dadih ini merupakan resipi asli turun-temurun. Memang tak sama seperti dadih yang biasa kita makan. Wajib cuba!

Baca juga: Resipi Agar Agar Sirap Ros Legend, Ada Petua Kira Sukatan Supaya Menjadi Elok

RESEPI DADIH SUSU

Bahan-bahan:

  • Satu peket serbuk dadih perisa vanilla (empunya resipi guna jenama Happy Grass)
  • 1 peket kecil susu tepung everyday (250gm atau kalau lebihkan lagi sedap) – dibancuh dengan 2 gelas air
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • Gula pasir ikut manis disukai
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • Air (sukatan ikut arahan di belakang bungkusan serbuk dadih)

Cara-cara:

1. Didihkan air. Masukkan gula, serbuk dadih, susu pekat, daun padan dan kacau sebati guna api sederhana.

2. Masukkan pula air susu tepung dan biarkan mendidih. Cuba rasa sedikit supaya manis sesuai selera.

3. Bahagikan dadih yang dah siap dimasak ke beberapa jug/bekas dan bancuh bersama pati perisa minuman disukai. (empunya resipi guna perisa sirap ros, perisa jagung, keladi dan serbuk coklat)

4. Tuang dadih dalam cup kecil. Biarkan sejuk dan masukkan dalam peti sejuk.

5. Selamat mencuba!

dadih susu

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Resipi Agar-Agar Milo Ini Memang Sangat Sedap, Anak Suka & Asyik Ulang Makan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN