akok kedut

Teringin nak makan kuih akok kedut tapi susah nak cari orang jual? Jom kita cuba buat sendiri di rumah dengan menggunakan resipi di bawah.

Jika tak ada acuan untuk kuih ini, boleh guna pembakar roti saja. Rasa tetap sedap walaupun rupa sedikit lain.

Yang paling penting, sedap dimakan semasa panas-panas dan tidak berbau hanyir telur walaupun sudah sejuk.

Sesuai dijadikan menu sarapan pagi ataupun minum petang bersama seisi keluarga tercinta. Semoga bermanfaat ya!

Resipi Akok Kedut

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan air + gula pasir + daun pandan (Sukatan ikut kemanisan masing-masing. Jadikan sebagai air gula)
  • 5 biji telur ayam*
  • Sedikit perisa pandan*
  • Secubit garam*
  • Santan 1/2 kotak (saiz kecil)*
  • Tepung gandum 3 sudu makan*

Cara-cara penyediaannya:

1. Kisarkan semua bahan bertanda (*) di atas selama 2 minit sehingga sebati.

2. Kemudian, masukkan 2 sudu minyak masak untuk effect golden brown.

3. Masukkan air gula yang sudah sejuk tadi dan kisarkan sekejap.

4. Kemudian, sedia untuk dibakar. Tuangkan adunan kuih akok ke dalam pembakar roti.

5. Bakar sehingga warna bertukar kepada perang keemasan.

6. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit: Halimatun AsSaadiah Ismail

Baca juga: Resipi Tepung Bungkus Lemak & Lembut, Kuih Tradisi Kegemaran Ramai Sepanjang Zaman

Baca juga: Resipi Donut 1 Cawan Tepung, Ngam Makan Untuk 2 Orang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN