resepi chili oil

Hidup terasa tak lengkap jika makan nasi atau mee tanpa sambal di sisi. Jika begitu, anda kenalah tahu resepi Chili Oil yang mudah dan ringkas dibuat.

Chili oil ialah perencah yang dibuat dari minyak sayur-sayuran yang telah diterapkan dengan cili. Ia biasa digunakan dalam masakan Cina, Timur dan Asia Tenggara.

Biasanya kita akan jumpa Chili Oil ini di restoran yang menghidangkan masakan Cina. Selain sebagai perencah dalam masakan, ia juga digunakan sebagai sos pencicah.

Orang Malaysia memang tak lari dengan tekak yang sukakan pedas. Oleh sebab itu, Nana Ereena telah kongsikan resepi Chili Oil yang cukup mudah disediakan. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Sambal Nasi Kak Wok, Pedas Dan Manisnya Cukup Rasa!

RESEPI CHILI OIL

resepi chili oil

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Kupas kulit bawang putih tapi tak perlu hiris. Goreng sehingga kekuningan, kemudian angkat dan toskan.

2. Goreng cili padi sehingga layu, kemudian angkat dan toskan.

3. Goreng sekejap cili kering, kemudian angkat dan toskan.

4. Kisar bawang putih, cili padi dan cili kering yang telah digoreng tadi bersama 2 sudu besar bawang goreng dan minyak masak.

5. Tuang semua ke dalam kuali, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam.

6. Masak lagi dalam 10 hingga 15 minit dengan api sederhana, kemudian sejukkan dan simpan dalam botol kaca pada suhu bilik. Siap!

resepi chili oil

Dengan resepi Chili Oil ini, anda sudah mempunyai stok sambal di rumah. Cicah sekali, pasti nak lagi.

Selain dimakan bersama nasi atau mee, anda juga boleh gunakan Chili Oil sebagai sos pencicah untuk cucur, keropok lekor, dim sum dan lain-lain.

Jangan lupa untuk kongsikan resepi Chili Oil yang menarik ini dengan keluarga dan kawan-kawan anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Nana Ereena

Baca juga: Resipi Garlic Chili Oil Guna 3 Bahan, 10 Minit Dah Siap Buat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN