cara buang biji cili kering'

Bagi anda yang belum tahu cara buang biji cili kering dengan mudah, boleh baca artikel ini sehingga habis.

Biji cili kering sering kali dianggap sebagai komponen yang lebih pedas dan mungkin mengganggu cita rasa makanan jika dibiarkan dalam hidangan.

Tip ini sangat sesuai untuk orang yang berniaga mahupun memasak sendiri di rumah. Tak perlu potong cili kering satu persatu. Memang renyah dan membuatkan tangan cepat berpijar.

Baca juga: 5 Jenis Cili Kering Dan Tahap Kepedasannya, Baru Senang Nak Mencili! 

Ikuti perkongsian Encik Mohd Ahzad Bin Nadirun bagaimana cara membuang biji cili dengan mudah. 


CARA BUANG BIJI CILI KERING

1. Mesin cili kering menggunakan chopper. Jangan basuh dahulu cili kering itu, nanti basah susah untuk asingkan biji cili. 

cara buang biji cili kering

2. Hasil kejadiannya, semua biji cili terkeluar.

3. Asingkan sisa biji cili menggunakan penapis. Sekejap sahaja sudah selesai. Cuci bersih baru rebus.

4. Selepas rebus, boleh kisar seperti biasa bersama beberapa ulas bawang putih untuk dijadikan cili boh dan tahan lama.


Ingat, apabila membuang biji cili kering, pastikan anda berhati-hati agar tidak terkena biji cili atau serbuk pedasnya, terutama pada mata atau kulit yang sensitif. Jangan lupa untuk mencuci tangan dengan teliti selepas melakukan tugas ini.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Stok Cili Boh Tahan Berbulan Tak Berkulat, Masukkan INI Masa Rebus Dan Kisar 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN