Resipi biskut sarang semut ini sering dihidangkan bersama biskut-biskut lain di atas meja. Kalau tak ada biskut sarang semut ini, rasa tak lengkap Hari Raya.
Biskut ini digemari oleh setiap lapisan umur, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa dek kerana teksturnya yang lembut, rangup dan cair di mulut.
Bahan dan cara penyediaannya juga senang dan mesra poket. Jom ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Zie Rozie di laman sosial Facebook.
Baca juga: Resipi Biskut Dahlia Tanpa Guna Telur, Ini Tips Penting Agar Bunga Tak Jatuh
RESIPI BISKUT SARANG SEMUT
Bahan-bahan:
- 250 gram mentega
- 80 gram atau 1 cawan gula icing
- 200 gram atau 1 cawan tepung gandum
- 100 gram atau 1 cawan tepung jagung
- 50 gram atau 2 cawan tepung kastard
- 1 sudu teh esen vanila
- Paper cup
Cara membuat:
1. Campurkan mentega dan gula icing sehingga gebu.
2. Gaul adunan sampai jadi doh dan tekan pada penapis. Doh yang tidak lembik dan keras, perlulah tidak melekat pada tangan.
3. Masukkan kedalam paper cup dan tabur hiasan.
4. Panaskan katihar dan bakar 160 darjah celcius selama 5 minit.
Siap dan boleh dihidang.
Kredit gambar dan resipi: Zie Rozie via Masak Apa Hari Ni
Baca juga: Biskut Brownies Cara MUDAH, Sedap Rapuh Dan Cair Di Mulut