cheese leleh

Sehingga kini, sos cheese leleh masih menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat kita. Aneka makanan telah dicipta bersama pilihan keju. Perkongsian ini mungkin akan membuatkan ‘cheese lover’ berfikir dua kali untuk memakannya.

Sebelum ini, rakyat Malaysia mungkin sudah biasa dengan keju dicampur dengan makanan popular kita. Namun pernahkah anda terfikir untuk mencampurkan keju dengan makanan-makanan yang lain.

Cheese leleh banyak keburukan untuk kesihatan

Satu perkongsian daripada Public Health Malaysia menyatakan sos keju ‘leleh’ ini sebenarnya mempunyai pelbagai keburukan dan ia menyumbang kepada masalah kesihatan.

Jika diikutkan, keju sebenarnya mempunyai banyak kebaikan kerana ia merupakan sumber protein yang baik dan mengandungi kalsium yang tinggi.

Sebaliknya, sos keju ini sebenarnya mengandungi bahan proses yang terdiri dari pelbagai bahan perasa tiruan, garam, gula dan Maltodextrin.

Apa itu Maltodextrin?

Maltodextrin ialah serbuk putih yang tidak berperisa dan larut dalam air. Ia adalah bahan tambahan dalam pelbagai jenis makanan, kerana ia boleh meningkatkan tekstur, rasa dan jangka hayat sesuatu bahan makanan.

Maltodextrin ini biasanya dibuat daripada bahan makanan berkanji, termasuk jagung, kentang, gandum, ubi kayu atau beras. Walaupun serbuk itu berasal dari produk semulajadi, ia kemudiannya menjalani pemprosesan sehingga boleh menghilangkan kebaikan semulajadi bahan tersebut.

Bahan ini juga menjadi pemekat dalam makanan berkuah ataupun sos.

Bahaya untuk mereka yang berpenyakit

Bahan ini mengandungi glycemic index (GI) yang cukup tinggi, selepas anda makan makanan yang mengandungi bahan ini, paras gula dalam darah akan meningkat dengan mendadak.

Untuk kanak-kanak pula, sos keju ini juga boleh menyebabkan kegemukan serta obesiti dan ia akan menganggu pembesaran serta kecergasan kanak-kanak. Mereka akan menjadi lebih cepat letih dan lesu.

Oleh itu pada penggemarnya, selepas ini kena berhati-hati ya. Nak makan boleh, tapi kena berpada-pada ya!

Baca juga: Sukar ‘Membuang’? Ini Petua Atasi Sembelit Secara Semula Jadi Tanpa Guna Ubat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN