banana fritters

Rupanya mudah saja cara membuat ‘banana fritters’ seperti yang dijual di restoran mewah. Walaupun harganya agak mahal, orang ramai tetap tidak melepaskan peluang untuk mencubanya.

Jika ada yang mahu mencuba, tapi lokasi kedai tersebut agak jauh dari rumah, anda boleh cuba buat sendiri saja di rumah.

Hanya memerlukan beberapa bahan mudah iaitu tepung, telur, garam, gula, air bikarbonat, pisang berangan dan aiskrim vanilla.

Baca juga: Roti Sangkaya Ala Boat Noodle, Hanya Guna 6 Bahan Saja

CARA BUAT BANANA FRITTERS

Bahan-bahan:

  • Tepung naik sendiri 1 cawan
  • Telur ayam gred A 1 biji
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 1/2 cawan air bikarbonat (saya guna 100 plus)
  • Pisang berangan
  • Aiskrim vanilla

Cara-cara:

1. Guna 1 mangkuk besar, satukan 1 cawan tepung gandum, 1 biji telur ayam, sedikit garam, sedikit gula dan 1/2 cawan air bikarbonat. Masukkan air bikarbonat sedikit demi sedikit sambil kacau menggunakan whisk supaya adunan tidak terlalu cair dan terlalu pekat.

2. Golekkan pisang berangan ke dalam adunan tepung tadi sehingga bersalut rata. Kemudian goreng di dalam minyak panas. Pastikan guna minyak banyak sehingga pisang tenggelam supaya masak sekata.

banana fritters

3. Apabila sudah keperangan, angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan bersama aiskrim dan jangan lupa drizzle madu ke atas pisang tadi. Selamat mencuba!

banana fritters

Video penuh:

@chesayang_kitchen

Episod 162 | Resepi Banana Fritters Ala Madam Kwan | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi penuh 👉🏻 – Tepung naik sendiri 1 cawan – Telur ayam gred A 1 biji – Sedikit garam – Sedikit gula – 1/2 cawan air bikarbonat (saya guna 100 plus) – Pisang berangan #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #bananafritters #ForYouMalaysia

♬ original sound – Che Sayang Kitchen – Che Sayang Kitchen

Kredit resipi: Tiktok Che Sayang Kitchen

Baca juga: Resipi Ratatouille Macam Dalam Movie, Mudah Rupanya Nak Buat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN