sup suhun

Sup suhun ini tidak asing lagi dalam kalangan orang dulu-dulu. Menu inilah yang sering dimasak suatu ketika dahulu dan digemari ramai orang sehingga sekarang.

Namun begitu, tak semua orang yang pandai memasaknya. Kalau salah cara, suhun akan menyerap kuah dan kuah menjadi cepat kering.

Kalau anda nak tahu tips untuk mengelakkannya berlaku, jom kita pelajari resipi lengkap di bawah yang merupakan perkongsian oleh Puan Faraherda.

Baca juga: Gulai Lemak Kuning Telur Itik, Ini Tips Mudah Nak Elak Telur Pecah Dalam Kuah

RESEPI SUP SUHUN RINGKAS & MUDAH

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 ulas bawang merah (hiris)
  • 1 ulas bawang putih (hiris)
  • Air secukupnya
  • 1 ketul kiub ikan bilis
  • 1 paket tofu lembut (jika suka)
  • 1-2 biji kentang (potong kecil)
  • 1 paket set suhun dan fucuk (rendam sampai lembut)
  • Garam secukupnya

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih yang sudah dihiris.

2. Kemudian, letakkan air lebih banyak dari biasa. Tapi jangan terlampau banyak..

3. Seterusnya, masukkan ubi kentang, fucuk dan tofu lembut. Jangan lupa perasakan dengan garam secukupnya.

4. Masukkan suhun pada akhir sekali. Kemudian, kacau sekejap dalam 20 saat sahaja. Selepas itu terus padamkan api dan tutup periuk dengan penutup.

5. Selepas 1 jam dalam periuk, suhun akan mengembang dengan jayanya tetapi sup masih ada dan tidak kering.

6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

sup suhun

Kredit resipi dan gambar: faraherda

Baca juga: Cara Buat Ikan Goreng Pedas Sedap Macam Orang Tua Kita Masak, Kena Ikut Tips Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN