Mana nak jumpa kedai makan 9 lauk RM69 sekarang ni? Ramai tak percaya, rupanya masih ada kedai yang menjual aneka lauk dengan harga yang terlajak murah.

Seorang pengguna Twitter, Akbar Sahari berkongsikan 9 hidangan yang dipesannya beserta harga yang dianggap sangat murah!

Mari baca perkongsiannya di bawah.

Jangan pegi kedai ni!

  1. Ikan Patin besar gulai tempoyak
  2. Ikan Merah besar goreng kunyit
  3. Ayam Kg gulai cili api
  4. Udang besar2 masak cili
  5. Daging salai msk lomak cili api
  6. Telur dadar 2
  7. Ikan masin
  8. Ulam2
  9. Cendol 4

Total RM?

RM69….!!

Saya suh kira balik 2 kali. Sebab murah sangat. Nasihat aku korang jangan pergi, sebab aku nak repeat. Kang crowded pulak. Dah la sodap, murah woiii hehe.

Tapi beratur , mak datuk!!!

Lokasi: NILAI, Nismilan

Watie Corner Tepi Kubur

Kedai ini juga dikenali sebagai Watie Corner Tepi Kubur.

Rupanya sudah ramai yang pernah makan di sini. Memang betul murah dan sedap.

Alamat: Watie’s corner, Jalan Nilai Santalia, Taman Desa Jasmin, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Ahad (Ahad cuti) 11.30 pagi – 2.00 petang

Kredit: @rabkairahas

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending