resepi ayam masak oren

Resepi ayam masak oren ini sangat mudah untuk dimasak. Bukan saja kurang minyak, malah tidak menggunakan gula sama sekali. Selain itu, resipi ini hanya memerlukan beberapa bahan ringkas untuk melengkapkan hidangan.

Menu ini sangat sedap jika dimakan dengan nasi panas-panas. Rasa dan bau oren itu mampu membuatkan sesiapa saja akan makan bertambah.

Jika ada yang ingin mencubanya, ikuti saja resipi seperti perkongsikan oleh Puan Maryam Hussain di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Ayam Masak Kicap Versi Tak Berkuah, Lagi Kering Lagi Sedap!

RESEPI AYAM MASAK OREN CHINESE STYLE

Bahan-bahan:

  • 6 ketul ayam
  • 1 biji bawang holland – dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu sunquick perisa oren
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos ikan
  • Sedikit tepung jagung

Cara memasak:

1. Perap ayam bersama oren sunquick, garam dan lada sulah. Gaul ayam tadi bersama tepung jagung dan goreng hingga keemasan. Kemudian angkat dan ketepikan.

resepi ayam masak oren

2. Panaskan kuali bersama satu sudu minyak. Tumis bawang holland, bawang putih dan lada sulah hingga naik bau.

3. Masukkan sunquick, sos cili, sos tiram, sos ikan sehingga sebati.

4. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sehingga kuah melekat pada ayam sepenuhnya. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

resepi ayam masak oren

Kredit resipi dan gambar: Maryam Hussain

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Honey Garlic Ala Korea, Makan Licin Sampai Ke Tulang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN