nasi air pantai timur

Sedapnya kalau dapat makan nasi air pantai timur ni. Kalau rentas negeri, boleh tahan jauh juga semata-mata untuk makan nasi air.

Apa kata jom buat sendiri kat rumah. Senang je, tak susah mana pun. Boleh makan puas-puas! Ikut saja resipi perkongsian oleh Noremah Ahmad di bawah.

Baca juga: Resipi Kuetiau Sup Chinese Style Paling Mudah, Anak-Anak Pasti Suka

Resipi Nasi Air Pantai Timur

Bahan sup/kuah:

  • Sedikit minyak masak
  • 10 ulas bawang putih (ketuk)
  • 3 inci halia muda (ketuk)
  • Akar daun sup
  • Kicap
  • Daging/ayam
  • Meatball
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 batang serai (ketuk)
  • Air secukupnya

Cara-cara buat sup/kuah:

  1. Tumis bahan ketuk sampai naik bau. Masukkan air, akar daun sup, serai, daging, meatball, kiub ayam, sos ikan dan kicap.
  2. Reneh sehingga daging empuk.
  3. Perasakan dengan garam, siap!

Bahan-bahan lain:

  • Nasi (kisar sekejap, masak atas dapur macam buat bubur nasi anak)
  • Air cili (kisar cili burung merah, sedikit gula, sedikit air, sedikit cuka, 1 sudu besar garam dan gula)
  • Minyak bawang putih (10 ulas bawang putih potong dadu, tumis dengan minyak banyak sampai bawang kekuningan)
  • Lada jeruk (hiris cili besar, letak sedikit air, cuka, gula, garam ikut citarasa)
  • Hirisan limau nipis
  • Ikan bilis goreng
  • Sayur yang dicelur (kangkung/sawi)
  • Daun sup

Selamat mencuba!

Kredit: Noremah Ahmad II