terung goreng crispy

Banyak menu boleh dibuat dengan menggunakan terung. Selain dari masak terung berlada, terung goreng crispy pun boleh tahan sedap!

Kalau anak-anak jenis tak makan sayur, cuba buat macam ni mungkin mereka suka sebab rangup macam ayam goreng.

Mudah saja nak buat, lihat caranya di bawah yang merupakan perkongsian oleh Zaharah Mazrul. 

Resipi Terung Goreng Crispy

Bahan-bahan:

  • Terung
  • Garam
  • Tepung bestari
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Potong terung macam dalam gambar.

2. Kemudian taburkan garam halus sedikit pada setiap terung dan perap selama 10 minit. Lepas perap akan keluar air dari terung. Lapkan terung dengan menggunakan tisu supaya kering sikit.

3. Celupkan terung ke dalam tepung bestari.

terung goreng crispy

4. Goreng sehingga garing.

terung goreng crispy

Selamat mencuba!

terung goreng crispy

Kredit: Zaharah Mazrul

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN