Kalau tak tahu nak masak apa untuk makan tengah hari, jom kita cuba resepi ayam masak kicap berkuah yang mudah dan sedap ini.
Sesuai untuk sesiapa yang suka masakan berkuah kerana menu ini tidak terlalu kering. Ada satu lauk ini pun dah cukup, sedap makan dengan nasi panas-panas.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Puan Atikah Hashim di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Kepak Ayam Lemon Pepper, Resipi Viral Lebih 400K Views, Guna SEASONING Ini
RESEPI AYAM MASAK KICAP BERKUAH
Bahan-bahan:
- Bawang putih
- Halia
- Garam
- Serbuk kunyit
Bahan-bahan tumis:
- Bawang merah
- Bawang besar
- Halia
- Bawang putih
- 4 sudu makan sos cili
- Kicap manis
- Kicap masin
- 3 sudu sos tiram
- Cili hijau
- Tomato
Cara-cara:
1. Tumbuk halia dan bawang putih.
2. Lumurkan pada ayam yang sudah dicuci bersih.
3. Taburkan garam siki dan serbuk kunyit. Gaul sebati dan perapkan seketika.
4. Goreng ayam sehingga masak. Bila dah garing, angkat dan toskan.
5. Guna baki minyak goreng ayam tadi, tumiskan bawang merah, bawang besar, halia dan bawang putih yang sudah dihiris.
6. Tuangkan 4 sudu makan sos cili, kicap manis, kicap masin, 3 sudu sos tiram, cili hijau dan tomato. Kacau sebati.
7. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Atikah Hashim
Baca juga: Resipi Sambal Ayam Geprek Asli Dari Jogjakarta, Letak Minyak Panas Je Tak Perlu Masak