resepi sambal ayam geprek

Buat penggemar masakan pedas, jom cuba resepi sambal ayam geprek yang merupakan ramuan asli dari Jogjakarta, Indonesia.

Siapa yang biasa makan pasti tahu betapa sedapnya masakan ini. Ayam geprek sedikit berbeza dengan ayam penyet dan ayam gepuk.

Untuk mengetahui cara penyediaannya, jom kita baca perkongsian oleh Juwita Afifah di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Jom Buat Stok Sambal Penyet Untuk Ramadan, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap

RESEPI SAMBAL AYAM GEPREK ASLI JOGJAKARTA

“Harini saya nak share pula resepi sambal geprek.

Ayam geprek ni berbeza dengan ayam penyet dan berbeza juga dengan ayam gepuk. Sebab ayam geprek mesti digoreng dengan ayam celup tepung yang takde tulang (boneless/fillet). Ayam celup tepung ni saya tak buat sendiri. Beli yang frozen je kat tesco. Sebab nak cepat.

Sambal juga berbeza. Kalau sambal penyet, kena masak dua kali atas api. Sambal geprek tak perlu masak, sama macam sambal gepuk. Hanya letak minyak panas.

Cuma sambal gepuk tak perlu digaul dengan ayam, dan sambal geprek pula memang kena gaul rata dengan ayam.

Resepi ni sedikit berbeza, tapi memang paling sedap di tekak saya. Macam biasa, saya godek-godek dan ambil dari blog orang Indonesia. Katanya, resepi ini adalah resepi asal sambal geprek iaitu dari Jogjakarta.”

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Saya guna lesung cobek yang suami beli dari Jogjakarta.

2. Lumatkan semua bahan.

3. Masukkan cili besar.

4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang masih panas dari kuali supaya sambal sedikit masak, tidak terlalu mentah.

5. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng. Geprek-kan ayam tersebut bersama dengan sambal.

6. Dah siap, boleh dimakan bersama nasi putih. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Juwita Afifah

Baca juga: Resipi Sambal Jawa Asli, Sekali Cuba Pasti Akan Nak Lagi & Lagi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN