cara senang masak pulut

Masih gagal setiap kali masak pulut? Jom ikut cara mudah untuk masak pulut di bawah ini. Tak perlu sukat air pun, tapi pulut tidak akan jadi lembik atau mentah. Cara senang masak pulut ini merupakan hasil perkongsian oleh Jang Muhamad. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi & Tips Supaya Ayam Goreng Jadi Berkerinting, Hanya Guna 2 Bahan

Cara Senang Masak Pulut Tanpa Sukat Air

1. Cuci beras pulut, letak air. Lebih banyak dari aras beras. Tak perlu ukur dengan jari dah.

2. Letak atas dapur, biar mendidih dalam 2 hingga 3 minit.

3. Buang air lebihan.

cara senang masak pulut

4. Tanak semula dalam rice cooker. Waktu ini boleh letak garam dan gula secukupnya.

cara senang masak pulut

5. Siap! Tak tunggu lama.

cara senang masak pulut

Pulut sedap dimakan bersama sambal atau cicah kelapa muda. Selamat mencuba!

Kredit: Jang Muhamad