resepi ayam masak halia

Kali ini MyResipi nak kongsikan resepi ayam masak halia yang mudah, sedap dan cepat untuk disediakan.

Sebenarnya, kita tidak perlu susah payah untuk menyediakan hidangan yang rumit bagi keluarga.

Cukup dengan masakan yang ringkas, tetapi istimewa dari air tangan sendiri. Ditambah pula dengan nasi panas, pasti lebih menyelerakan!

Baca juga: Resipi Kulit Ayam Goreng, Rangup Macam Makan Kerepek!

RESEPI AYAM MASAK HALIA

resepi ayam masak halia

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (ditumbuk kasar)
  • Halia (dihiris)
  • Ayam
  • Cili kering
  • Kicap manis/pekat
  • Sos tiram
  • Minyak bijan
  • 1 kiub pati ayam
  • Cendawan shitake
  • Sedikit air
  • Sedikit gula
  • Cili padi (jika suka pedas)
  • Daun bawang

Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang putih yang ditumbuk kasar.
  2. Selepas itu, masukkan juga hirisan halia untuk ditumis bersama bawang putih.
  3. Kemudian, masukkan ayam dan gaul sebati dengan bahan tumis tadi. (Jangan masukkan air.)
  4. Seterusnya, masukkan pula cili kering dan tutup periuk.
  5. Selepas buka penutup periuk, akan nampak air ayam sudah keluar menjadi kuah.
  6. Langkah seterusnya, masukkan kicap manis atau pekat, sos tiram, minyak bijan dan kiub ayam.
  7. Gaul sehingga semua bahan mesra dan bercampur sebati. Kemudian, tutup periuk sekali lagi untuk biarkan bahan-bahan meresap ke dalam ayam.
  8. Bila bukak penutup periuk, masukkan pula cendawan shitake dan tambahkan sedikit air.
  9. Jangan lupa perasakan dengan sedikit gula.
  10. Jika suka pedas, boleh tambahkan cili api.
  11. Tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan selama 6-7 minit.
  12. Akhir sekali, masukkan daun bawang. (Lagi banyak, lagi sedap.)
  13. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN