kulit dumpling

Apa kata kita cuba buat kulit dumpling sendiri pula. Hanya memerlukan beberapa bahan sahaja. Bolehlah cuba jika anda ingin merasai dumpling yang asli. 

Memang boleh beli saja kulit dumpling yang sedia ada jual di pasaran, tapi lebih puas hati dan berbaloi bila kita buat sendiri.

Baca juga: Sup Dumpling Buat Sendiri, Resipi Bersama Chilli Oil Crunchy

Terjamin halal dan bersih. Nak uli tepung dan nak buat kulitnya pun mudah. Paling penting, ia antara menu sihat dan sedap sesuai bagi yang sedang berdiet. Ikuti resipi penuh dari perkongsian Ida Alina Salleh ini.


CARA BUAT KULIT DUMPLING SENDIRI

Cara buat dumpling wrapper sendiri (adunan sikit). Saya suka buat dumplings dan gyoza dengan menggunakan home-made wrapper. Jenis kulit yang ni guna tepung gandum dan air panas saja.

Kalau nak buat wrapper gyoza, canai adunan senipis yang boleh. Kalau kulit wantan tak perlu nipis sangat.

kulit dumpling

kulit dumpling

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum 160gm
  • 90 ml air panas (tak mendidih, dalam 65-70 darjah C)

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan guna sudu sebab panas. Bila dah tak panas, uli sampai tak melekat dan adunan licin (dalam 3-4 minit).
  2. Biarkan dalam bekas bertutup 45 minit.
  3. Jadikan 12 bebola kecil. Saya guna tortilla press untuk leperkan. Kalau tak mahu melekat antara satu sama lain, tabur tepung jagung.
  4. Kalau nak saiz serupa, guna acuan / mulut cawan untuk potong bulat-bulat sekata.

Dah siap boleh letak inti yang kita dah buat. Ini dumplings yang saya buat untuk rebus dalam Sup dan dihidang dengan mee wantan. Jadi tebal sikit tak apa. Kalau untuk dikukus, atau dibuat gyoza, kena nipis lagi.


Selamat mencuba.

Sumber: Ida Alina Salleh

Baca juga: Buat Dumpling Guna Daging Kisar Ramly Je, Cicah Dengan Chili Oil Sedap Gila!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN