resepi ayam kicap

Dah biasa masak ayam kicap? Apa kata kali ini jom cuba resepi ayam kicap versi blackpepper ini pula. Confirm makan tak toleh kiri kanan dah.

Ada satu lauk ini pun dah cukup makan dengan nasi panas-panas. Bahan-bahan dan cara penyediaannya juga tidak renyah dan mudah.

Jom cuba masak nanti dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Cik Puan Ain di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Peniaga Kongsi Resipi Tepung Ayam Goreng Hasil Jualannya, Memang Rangup & Laku Keras!

RESEPI AYAM KICAP BLACKPEPPER

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ayam – garam kunyitkan dan goreng hingga masak
  • 3 biji kentang – wedges
  • 1 biji cili merah/hijau- dihiris
  • 1 cm halia – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 biji bawang holland – dihiris wedges
  • 1 sudu makan lada hitam biji – (boleh diganti dengan serbuk lada hitam)
  • Kicap pekat, oyster sauce, black paper sauce

Cara memasak:

1. Tumis bahan hiris hingga wangi.

2. Masukkan kicap, sedikit air. Biarkan mendidih.

3. Masukkan sedikit serbuk perasa. Gaul rata.

4. Masukkan ayam yang sudah digoreng, bawang besar dan cili merah. Gaul rata hingga bawang dan cili layu.

5. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

resepi ayam kicap

Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Ain

Baca juga: Cara Masak Kari Ayam, Lagi Padu Kalau Tambah ‘2 Bahan’ Ini Selain Serbuk Kari

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN