
Hari ini kami ingin kongsikan satu resipi coklat moist kek yang sangat gebu, tidak hanyir dan tidak muak. Kalau buat untuk anak-anak, pasti mereka suka.
Selain itu, ada juga beberapa tip penting yang dikongsikan oleh pemilik resipi.
Jom baca resipi oleh Cik Puan Ummu Shahirah Aziz melalui laman muka buku ini.
Baca juga: Kuih Talam Seri Muka, Bahagian Hijau Di Atas Lebih Tebal Memikat Selera!
RESIPI COKLAT MOIST KEK
Bahan-Bahan:
- Bahan Pertama (Mix dalam 3 minit pada kelajuan tinggi):
- 2 biji telur A/B
- 1 cawan gula kastor (boleh kurangkan jadi 3/4 kalau tak nak manis)
- 1/2 sudu besar ovalette (rahsia kek gebu 🤫)
- Bahan Kedua (Ayak terlebih dahulu):
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- Bahan Ketiga:
- 1 cawan susu segar / susu cair / air panas
- 1 cawan minyak
- 1/2 cawan susu pekat
Cara Penyediaan:
1. Panaskan air kukusan terdahulu.
2. Mix bahan pertama dalam mixer selama 3 minit pada kelajuan tinggi.
3. Masukkan bahan kedua yang telah diayak ke dalam adunan bahan pertama.
4. Kemudian, masukkan bahan ketiga dan mix lagi selama 3 minit sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci. Jika menggunakan loyang 6 inci, adunan ini boleh menghasilkan 2 buku kek.
6. Kukus kek selama 1 jam lebih dengan api besar. Pastikan adunan ditutup dengan plastik semasa dikukus.
TIP PENTING:
1. 1 adunan ini beratnya sekitar 1kg lebih.
2. Ummu menggunakan cawan metrik yang dibeli di kedai bakeri. Kalau guna cawan kopi biasa pun boleh, tapi kek mungkin tidak dapat berat 1kg.
3. Loles loyang dengan majerin supaya tidak melekat.
4. Jangan guna gula kasar kerana potensi untuk kek bantat tinggi. Kalau tak ada gula kastor, blend dahulu gula tu sebelum mix dengan telur.
5. Ummu pernah cuba versi bakar, tapi tak begitu umpph. Jadi, teruskan cara yang anda selesa dan suka.
6. Rahsia kek kekal moist selepas kek masak: sejukkan selama 15 minit sahaja, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Jangan biarkan kek terdedah lama di luar.
Selamat mencuba!
Sumber: Ummu Shahirah Aziz
Baca juga: 7 Teh Herba Yang Terkenal & Baik Untuk Kesihatan, No.3 Paling Ramai Suka!
Related Posts
Resipi 20 Minit Siap
Resipi Popular
Cara Membuat Nasi Minyak Peroi & Tak Berkerak, Satu Rumah Bau Wangi!
Resipi Sup Suhun Simple, Ini Tips Suhun Tak Serap Kuah Sampai Jadi Kering
Resepi Ayam Gulung Seaweed Rangup, Sekali Makan Pasti Nak Lagi!
Rindu Nasi Minyak Kenduri? Jom Buat Sendiri Kat Rumah Ikut Resipi Ini
Sos Black Pepper Viral, Resipi Tak Muak Paling Kena Dengan Tekak Melayu
Artikel Popular
“Baiknya Makcik!”- Viral Ibu Ini Suka Belanja Orang Makan Depan Rumah Setiap Ramadan, Ajak Sesiapa Yang Lalu Untuk Iftar Walaupun Tak Kenal
Jurutera Ini Berjaya Hasilkan Tepung Guna Ulat Mopane, Boleh Buat ‘Jajan’
Asam Laksa Cina Cara MUDAH, Cukup Rasa Masam Manis Pedas
Roti Gula Kering Resipi SIMPLE, Hanya Gunakan 3 Bahan Saja
Petua Bersihkan Kesan Kuning Pada ‘Blender’, Segala Jenis Bau Pun Hilang!
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














