Kebiasannya proses memasak lasagna akan diselang-selikan bersama kepingan pasta. Tapi, kali ini kita masak lasagna bersama terung. Sesiapa yang makan Lasagna Terung ini pasti akan jatuh cinta buat kali pertama anda menikmatinya. Syahr Musafir telah kongsikan resepi Lasagna Terung ini di laman Facebooknya.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Barat

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

10 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

LASAGNA TERUNG

Kebiasannya proses memasak lasagna akan diselang-selikan bersama kepingan pasta. Tapi, kali ini kita masak lasagna bersama terung. Sesiapa yang makan Lasagna Terung ini pasti akan jatuh cinta buat kali pertama anda menikmatinya. Syahr Musafir telah kongsikan resepi Lasagna Terung ini di laman Facebooknya.

BAHAN-BAHAN LASAGNA TERUNG
  • 2 Biji terung panjang

  • Secubit garam

  • 1 Bawang besar dipotong dadu

  • Daging Cincang

  • Puri tomato

  • Gula secukup rasa

  • Mixed herbs

  • Keju keping

  • Keju cheddar

CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan terung, keringkan dan potong sekeping-sekeping.

  • Susun pada loyang dan taburkan sedikit garam. Masukkan dalam oven 160C selama 8 minit.

  • Sementara terung dalam oven. Sediakan sos dagingnya.

  • Panaskan air dalam kuali, masukkan bawang dan daging cincang. Rebus hingga masak.

  • Apabila air daging mulai kering, masukkan puri tomato.

  • Masak sehingga pecah minyak. Maukkan gula, garam dan mixed herbs secukup rasa.

  • Masukkan sedikit sos daging ke loyang lasagna.

  • Susun terung bakar sebagai lapisan pertama.

  • Letakkan sos daging lapisan pertama.

  • Letakkan cheese keping di atas sos daging.

  • Ulang letak terung, sos daging dan cheese keping sehingga bekas memenuhi loyang lasagna.

  • Selesar tabur kepingan cheese dan cheese cheddar. Sedia di bakar 160C  selama 30 minit.

TIPS

Jika anda sukakan selera Melayu, boleh gantikan puri tomato dengan sambal atau lada kering kisar.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.