ayam kam heong

Jika anda sudah bosan dengan masakan ayam kicap, mari cuba resepi ayam kam heong ini! Cara memasak menu ini sangat mudah dan ringkas. Ia tidak memerlukan banyak masa untuk disediakan.

Anda hanya memerlukan bahan-bahan asas yang biasanya ada di dapur. Jadi, ibu-ibu bolehlah mencuba masak untuk makan tengah hari. Pasti satu keluarga akan menyukainya!

Baca juga: Mudahnya Resipi Nasi Ayam Ini, Tak Sampai Satu Jam Dah Siap Masak!

RESEPI AYAM KAM HEONG SIMPLE

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ayam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Cili kering 2 tangkai
  • Cili hijau
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Garam
  • Gula

Cara-cara memasak:

  1. Pertama sekali, goreng ayam terlebih dahulu.
  2. Bila sudah masak, angkat dan ketepikan seketika.
  3. Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili kering dan cili hijau.
  4. Kemudian, tumis bahan hiris tadi bersama daun kari sehingga keperangan.
  5. Selepas itu, masukkan 1 sudu besar serbuk kari. Guna api perlahan dan gaul rata supaya rempah tidak hangit.
  6. Masukkan pula sos tiram, sos cili dan kicap manis. Gaul rata sehingga semua bercampur sebati.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Seterusnya, masukkan cili dan bawang merah potong.
  9. Akhir sekali, masukkan ayam dan gaul rata supaya semua rempah meresap masuk ke dalam ayam.
  10. Siap! Boleh dihidangkan dan dinikmati bersama nasi putih panas.

Kredit resipi dan gambar: Nkhalida Alias

Baca juga: Resipi Gulai Lemak Ayam Lagi Padu Dari Biasa, Ada Satu Bahan Yang Jarang Orang Letak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN