nasi butter ayam rangup

Anak susah nak makan? Apa kata kita buat Nasi Butter Ayam Rangup. Mesti terbuka selera mereka nak makan.

Bosan dengan nasi ayam, nasi beriani dan beraneka nasi lain, apa kata kali ini anda cuba pula ayam goreng rangup kesukaan anak-anak dengan Nasi Butter.

Resipi simple tapi sedap dan mengenyangkan. Nak buat macam mana? Jom cuba perkongsian resipi Superdaddy, Khairul Abdullah.

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Nasi Butter Ala KFC, Buat Sendiri Puas Hati Anak-Anak Makan

Resipi Nasi Butter Ayam Rangup

Nah resipi paling mudah yakmat ni. Nasi Butter Ayam Crunchy yang dimasak sekali harung dalam periuk letrik. Tak sampai 45 minit boleh siap ni. Bahan-bahan dia pun simple je.

Bahan-bahan:

  • 2 pot beras, cuci dan toskan.
  • 20gm butter, marjerin pun boleh aihh.
  • ½ ekor ayam dipotong kecil dan letak garam.
  • 3 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1 inci halia diketuk
  • 1 helai daun pandan dicarik dan disimpul
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 cawan susu segar/susu cair/susu kotak
  • 2 cawan air

Cara memasak:

1. Cairkan butter dan tumis bawang putih, halia dan daun pandan sampai naik bau dan sedikit garing dan masukkan beras dan kacau sebati.

2. Masukkan susu dan kacau sebati lepas tu masukkan air dan juga kiub pati ayam dan kacau sebati.

3. Susunkan ayam di bahagian atas biar cun lalu tutup periuk dan tekan ON. Tunggu sampai nasi masak. Kalau ada sayur boleh masukkan di bahagian atas nasi dan tutup tudung biar sekitar 5-7 minit, siap dikukus.

4. Dah siap, keluarkan sayur dan asingkan, keluarkan ayam, sapukan butter dan masukkan dalam air fryer pada suhu 200 degree selama 12 minit. Boleh juga digoreng dengan api yang kuat hingga golden brown.

Siap dan hidangkan. Mudah kan?

Sup tu aku rebus je kaki ayam dan bahagian-bahagian tulang atau lemak yang tak digunakan tu. Biar berjasa sikit.

Sambal tu aku guna jer Sos Cili Thai Maggi, aku potong daun ketumbar dan perah limau sikit. Fuhhh berdesup pergi dia nanti.

Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN