resepi aiskrim cheese indulgence

Biasanya kita dengar orang buat kek indulgence, tapi kali ini lain dari yang lain. Baru-baru ini, kami terjumpa resepi Aiskrim Cheese Indulgence yang sangat mudah caranya.

Aiskrim Cheese Indulgence terkenal kerana kombinasi aiskrim bersama cheese dan coklat ganache yang mengagumkan. Bukan kanak-kanak saja, malah orang dewasa juga sukakannya.

Ain Umairah telah kongsikan resepi Aiskrim Cheese Indulgence di Facebook yang dibuat dalam bentuk cawan supaya mudah dimakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Cheesekut Aiskrim Dengan 5 Bahan, Buat Sebekas Pun Rasa Tak Cukup!

RESEPI AISKRIM CHEESE INDULGENCE

resepi aiskrim cheese indulgence

Bahan-bahan coklat ganache:

  • 1 cawan non whiping cream
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko

Bahan-bahan bancuhan pertama cheese:

  • 100 gram cheese tartura
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovalette
  • ½ cawan whipping cream
  • 1 cawan non-dairy whipping cream

Bahan-bahan bancuhan kedua coklat:

  • 1 sudu besar ovalette
  • 100 gram cheese tartura
  • ½ cawan whipping cream
  • 1 cawan non-dairy whipping cream coklat

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, cairkan semua bahan coklat ganache menggunakan double boiler (jangan lupa kacau, jika seperti terlikat, tambahkan saja sedikit whipping cream) dan ketepikan.

2. Bagi menyediakan bancuhan pertama, campur cheese tartura, susu pekat, ovalette dan whipping cream, kemudian putar sampai cheese tak berketul (pastikan cheese itu suhu bilik).

3. Apabila cheese sudah tak berketul lagi, tuangkan non-dairy whipping cream dan putar sampai kembang, kemudian isikan dalam piping bag.

4. Bagi menyediakan bancuhan kedua, putar ovalette, cheese tartura dan whipping cream sampai hilang ketulan cheese.

5. Setelah itu, masukkan non-dairy whipping cream coklat dan 2 sudu besar coklat ganache tadi, putar sampai kembang, kemudian isikan dalam piping bag.

6. Waktu ini, anda sepatutnya ada 3 jenis piping bag: bancuhan pertama cheese, bancuhan kedua coklat dan coklat ganache.

7. Masukkan ke dalam bekas cawan dengan lapisan cheese biasa, coklat dan coklat ganache secara berselang-seli.

8. Akhir sekali, hias bahagian atas aiskrim mengikut kreativiti sendiri dan letak dalam peti ais di bahagian sejuk beku semalaman. Siap untuk dinikmati!

resepi aiskrim cheese indulgence

Antara hiasan yang anda boleh gunakan dalam resepi Aiskrim Cheese Indulgence ini adalah sprinkle, chocolate rice, almond, oreo dan banyak lagi

Selamat mencuba!

Sumber: Ain Umairah

Baca juga: Kek Aiskrim Guna 5 Bahan, Rupanya Kena Ada Lapik Baru Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN