Kuih bakar daging ini lebih kurang kuih cara berlauk tetapi cuma saiz yang berbeza. Kuih bakar daging saiznya lebih besar daripada kuih cara berlauk dan memang puas lah kalau makan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Faizal Anuar di Facebok.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KUIH BAKAR DAGING

Kuih bakar daging ini lebih kurang kuih cara berlauk tetapi cuma saiz yang berbeza. Kuih bakar daging saiznya lebih besar daripada kuih cara berlauk dan memang puas lah kalau makan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Faizal Anuar di Facebok.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A (INTI)
  • 250 gm daging dicincang halus

  • 1 1/2 sudu besar rempah daging

  • 1 labu bawang besar dicincang

  • Sedikit daun sup

  • Garam secukup rasa

BAHAN B
  • 3 cawan tepung gandum

  • 3 cawan santan cair

  • 3 cawan air

  • 5 biji telur

  • Sedikit garam

  • Sedikit pewarna kuning

  • Daun bawang

  • Minyak sapi/marjerin

Kredit: Faizal Anuar

CARA PENYEDIAAN
  • Untuk intinya, panaskan kuali dan letak 1 sudu besar minyak dan tumis bawang sehingga kekuningan.

  • Masukkan rempah dan goreng sampai wangi.

  • Kemudian masukkan daging dan masak sehingga kering.

  • Angkat dan sejukkan. Ketepikan.

  • Untuk adunan tepung, pukul telur hingga kembang. Masukkan semua bahan cecair, susu dan air. Kacau sampai rata.

  • Masukkan tepung dan kacau hingga sebati. Kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.

  • Letak  sedikit pewarna kuning dan sedikit garam.

  • Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini menjadi 3 kuih bakar.

  • Ambil acuan kuih bakar. Letakkan di atas dapur, letakkan 1/2 sudu besar minyak sapi atau marjerin. Panaskan.

  • Apabila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras 3/4 penuh ke dalam acuan. Biar kira-kira satu minit, kemudian sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan. Mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan.

  • Bila nampak garing pada tepi-tepi kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 darjah dan bakar guna api atas sahaja selama 15-20 minit.

  • Dengan menggunakan pisau, keluarkan kuih ketika masih panas.

  • Siap dan boleh dimakan. Hidang bersama sos cili.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN