Project Description

Bagaimana cara nak masak Sup Sayur Fucuk dan Su’un?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Sayur Fucuk dan Su’un

Bagaimana cara nak masak Sup Sayur Fucuk dan Su’un?

BAHAN-BAHAN

  • 1 mangkuk fucuk (Direndam) 
  • 1 mangkuk suun (Direndam) 
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 2 cawan air 
  • 2 biji kentang (Dipotong kecil)
  • 1 batang lobak merah (Dipotong kecil)
  • Sedikit cendawan telinga kera (Direndam) 
  • 1 pokok daun sup (Dihiris kasar) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak di dalam periuk kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. 
    2. Masukkan air dan garam. Masak sehingga mendidih. 
    3. Masukkan kentang, lobak merah, fucuk, cendawan telinga kera, dan suun. Masakkan lagi sehingga kentang lembut. 
    4. Masukkan ke dalam mangkuk dan taburkan hirisan daun sup. 
    5. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.