Project Description

Rangup diluar, lembut di dalam….sesuai untuk hidangan minum petang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Barat

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kroket Tauhu Berkeju Rangup

Rangup diluar, lembut di dalam….sesuai untuk hidangan minum petang

BAHAN-BAHAN

  • 300 gm tauhu telur, hancurkan (guna tauhu biasa yang 4 segi tu pun ok)
  • 100 gm ayam (ayam cincang / minced)
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 sk serbuk lada putih (kali ni saya letak paprika)
  • 50 gm keju cheddar parut
  • 20 gm tepung jagung
  • 1 paket Cendawan enorki
  • 1/2 biji tomato
  • 1/2 biji bawang besar
  • Bahan salutan: 1 biji telur tepung gandum secukupnya serbuk roti secukupnya
  • tepung gandum secukupnya
  • serbuk roti secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan tahu, ayam, tomato dan bawang cincang, garam dan lada putih.
    Gaul rata. (Saya masukkan dlm food processor dan kisar lumat).
  • Masukkan keju dan cendawan, gaul rata.
  • Lalu tambahkan tepung jagung dan gaul rata.
  • Bentuk adunan menjadi bulat, golekkan di bahan tepung, lalu celupkan dengan telur.
  • Kemudian salutkan dengan serbuk roti.
  • Goreng dalam minyak panas dengan api sedang sampai keperangan. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama pencicah pilihan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.